SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Why love ??

We all want to fall in love. Why?Because that experience makes us feel completely alive.Where every sense is heightened,every emotion is magnified,our everyday reality is shatteredand we are flying into the heavens.It may only last a moment, an hour, an afternoon.But that doesn't diminish its value.Because we are left with memoriesthat we treasure for the rest of our lives.

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata
Hindari Syaitan

Life to Live

Life to Live
Penenang Diri Paling Mujarab

Saturday, February 20, 2010

:: Duka ::

Sejak dulu aku tidak pernah merasa akan hidup yang benar2 bahagia.. semuanya suram dan suam2 kuku jer.. entah dimana silapnya sehingga semuanya berpecah belah.. nak salahkan mama saja, mungkin papa ada alasannya sendiri, tapi nak salahkan mana, dia telah banyak berkorban untuk keluarga.. papa selalu tidak ada di rumah berbulan-bulan.. mama lah yang menjaga kami dua beradik sehingga aku remaja.. jodoh tidak panjang, masjid yang dibina mereka roboh juga akhirnya.. mangsanya, mama, aku n adik aku.. tetapi kemarau yang datang tidak hilang begitu sahaja.. semuanya begitu payah untuk dikongsikan kerana terlalu rumit sehinggakan aku tidak menyangkanya.. terlalu payah dan jerih perjalanan hidup ini rasanya..

Friday, February 19, 2010

:: Bunga Kehidupan ::





pepatah melayu "Kerana Mulut Badan Binasa".. tapi ramai main hentam jerk.. so, renung2kan lah n selamat beramal..

:: Judgement ::



Apa guna ada otak kalau tak reti nak pakai.. apa guna ada hati kalau tak reti nak memahami.. apa guna ada jiwa kalau jiwa itu mati.. apap guna kepuasan sendiri kalau sendiri belum sempurna.. apa guna pepatah kalau x pernah dipraktikkan.. manusia zaman kini.. pelik.. semua bajet bagos.. ntah kenapa.. tak cakap pasal dia pun dia terasa.. pun pelik jugak.. terpulang lah pada pemahaman semua pihak.. cakap pun tak guna.. sebab tak cukup power berbanding yg lain.. terpulang lah.. harap kalau sesiapa yg nak terasa atau tak suka leh lah datang terus berjumpa dengan org itu agar jelas dan nyata apa masalah yg berlaku sampai timbul ketidakpuashatian.. macam der org bagi tahu lah, kalau tak puas hati bincang, jgn simpan dlm hati nanti meletop susah.. so? kita praktikkan lah kata2 yg satu nih.. kepada semua yang rasa saya ada melakukan silap dan salah, mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, halal makan minum dan apa2 sahaja lah... semoga tiada tersimpan di dalam hati.. semua hak individu, hak masing2... kita bukan tuhan.. sekali lagi nak meminjam kata2 seseorg, kita tak dapat nak membaca hati seseorang, hanya tuhan yang tahu, so tak yah nak judge sesiapa.. tul tak?? bagi yg memahami alhamdulillah dan bagi yang membenci, terima kasih.. hak individu itu sendiri.. apa pun hidup mesti diteruskan dan saya tak bencikan sesiapa..

:: Fitnah sekali lagi ::

“Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud).

:: Fitnah lagi ::

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adlh dosa,dan jgnlh kamu mencari-cari kesalahan orang lain,dan jgnlh ada di antra kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorg di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?Maka tentu...lah kamu merasa jijik.Dan bertakwalah kpd Allah. “(Al-Hujurat:12)

:: Fitnah ::

Anas r.a meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasullah bersabda ” Di malam Isra’ aku melalui satu kaum yang mencakar wajahnya dengan kuku mereka…Maka Rasulullah bertanya pada Jibrail, “Siapakah orang ini ?”Jibrail menjawab, “Mereka ini adalah orang-orang yang memfitnah orang-orang lainnya dan memburukkan kehormatan mereka” [nauzubillah]

Thursday, February 18, 2010

:: Alhamdulillah ::



Alhamdulillah, segala puji bagi tuhan sekalian alam.. pernah kah kita terfikir manusia2 yang kebuluran untuk mendapatkan sesuap nasi.. terlalu getir perjalanan hidup mereka.. tetapi kita, di bawah bumi tuhan yang paling agung ini kadangkala tak mensyukuri apa yang kita ada pada hari ini.. apa yang kita tuturkan adalah apa yang kita makan.. bagaimana ini terjadi? kalau kita selalu cakap negatif pasal orang, kita akan makan balik apa yang kita tuturkan itu kerana dunia ini berputar pada paksi kebenaran dan juga balasan tuhan pada masa kini dalam bentuk CASH.. tidak hairan kalau org kata dunia nak kiamat dah.. so, terpulang pada hak individu untk memikirkan sejauh mana kita berkelakuan sehingga ke hari ini.. tiada yg sempurna melainkan Allah..

:: Hati ::





Siapa lah tahu tentang hati manusia?? Hanya Allah yang maha kuasa.. terdapat perbagai bentuk perasaan manusia.. suka, duka, benci, sayang, rindu dan pelbagai lagi.. kenapa? kerana semua nya tidak perlu dipersoalkan.. hati yg berkecai amat payah utk disambungkan lagi.. kerana hak itu terletak pada individu itu sendiri..

:: Melayu ::



Pepatah melayu banyak menyuarakan pendapat dan pelbagai isu.. kenapa? kerana tak nak melayu berpecah.. kadang2 kita jadi alpa kerana kejahilan kita sendiri.. banyak suri2 rumah mahupun org berpelajaran masa kini masih belum berfikiran terbuka.. contohnya masih banyak yang suka mengumpat sedangkan kita telah diajar sejak kecil bahawa mengumpat itu salah satu dosa besar dan samalah seperti melapah daging saudara sesama islam sendiri tapi kita masih lagi tidak berpuas hati.. kenapa? sedangkan kita tahu sesuatu yg mendatangkan fitnah itu dosa besar.. seperti apa yg cuba saya sampaikan sebelum ini, kita tidak boleh menilai hati org kerana kita tidak tahu hati mereka.. apa niat mereka.. tapi dalam banyak2 melayu yg bermasalah ini, masih ada melayu yang baik hati.. itu tidak dinafikan.. tapi bagi mereka yg bermasalah, saya menyuarakan rasa kasihan kepada mereka.. sedarlah wahai umat2 manusia yg aku sygi.. sadarlah semua sebelum terlambat.. :)

:: Pesan Sayangku ::




Penyampaian seseorang atau apa skali bentuk percakapan tidak harus kita judge kalau kita tak tahu penyampaian n makna beliau.. kalau kita bercakap ikut sedap mulut tapi org tue sampaikan benda lain, org tue tak rugi apa2 pun.. pesan ini dibuat oleh insan tersayangku.. kalau kita judge org melalui percakapan kita sendiri akan rugi sebab org tue tak judge apa2 pada kita.. MANUSIA TAK DAPAT NAK MEMBACA HATI MANUSIA LAIN DENGAN BETUL....HANYA TUHAN SAHAJA YANG MENGETAHUI.......so takyah la nak judge orang macam2 tul tak???? ini lah yg sentiasa diucapkan padaku sehinggakan aku sudah menerima setiap kata2 manusia baik mencela atau memuji sebab kita tak dapat membaca hati manusia itu.. apa sekali pun yg dipertuturkan mempunyai maksud tersendiri.. kalau kita berhati mulia, org baling lah batu sekali pun kita tetap akan anggap ianya bunga melur yg sangat wangi kerana kita tahu setiap apa yang berlaku, Allah itu tak akan diam..

Wednesday, February 17, 2010

:: Human Being ::



Lidah bercabang mcm ular atau talam dua muka.. lantak lah.. biarlah org begini dengan segala apa tohmahan.. bertepuk sbelah tangan takkan berbunyi.. tak mengapa, roda alam ini akan sentiasa berputar mengikut paksinya.. adakalahnya kita di atas dan adakalanya kita di bawah.. diam x semestinya salah dan diam tak semestinya mengalah.. apa pun, utk org2 dlm kategori ini saya akan doakan semoga suksess slalu.. terima kasih kerana menabur segala pahala ke atasku.. amin..

~ aku percaya ~



Kepercayaan yg utuh buat dirimu.. yg sensiasa akan aku sanjungi.. kepada kau tempat aku mengadu.. tiada yg lebih indah untuk kugambarkan pabila bersama denganmu.. betapa aku amat menyayangimu.. maha kuasamu.. wahai Tuhanku..

:: Work time !! ::



Kerja!! Kerja!! iklhas ker kita bekerja saban hari.. kenapa perlunya kerja.. itu semua yg selalu terfikir oleh kita..

Pernahkah korang terfikir mendapat seorg boss yg suka menengking dan memandang rendah akan staff nyer? susah nak bayangkan kan? sebab kita selalu anggap boss kita org yg paling kita hormat.. buat apa nak sakitkan ati.. tetapi pernah tak mereka berfikir benda yg sama kepada staff mereka?? susah2...

:: Happy Chiness New Year ::




To all frenz, happy chiness new year.. wish all happinest and prosprety.. My Chiness new year was not full with happinest.. sebab tak g memana.. dok jerk kat umah.. balik melaka jerk lah ri tue sekejab.. ekek tue pun g gaks kan.. by the way, this is the forth day on CNY and i have return to work.. in chiness 4th is called "Sei" means dead.. hahaha pelik kan.. tapi itu kepercayaan mereka n kita kene respect.. hmm apa ntah yg aku membebel nih.. pa per pun.. enjoy ur holiday..

:: Percintaan ::



Suatu perasaan yg aneh yg muncul dalam diri.. bila kita temui seseorg yg betul2 bisa buat kita hilang arah.. apabila kita percaya padanya.. bila kita dapat cinta kita, adakah ianya berbaloi? sedangkan kita tidak tahu sama perasaan kita benar atau palsu.. sedangkan semuanya sedang berjalan seperti biasa.. pernah kah kita terfikir bahawa cinta sebenarnya membuatkan hidup kita penuh dengan penipuan.. penuh kepalsuaan kerana kita inginkan segalanya yg indah belaka walhal sebenarnya semuanya meleset.. cinta agung.. istilah dongeng yg selalu kita dengar.. wujudkah cinta itu.. kenapa kita tidak pernah merasainya.. bohong kalau kita katakan kita mencintai seseorg itu dengan sepenuhnya.. buktinya bila berlaku salah faham dan etc, kita akan menyesali sesuatu dan penyesalan itu adalah perkara yg bernama C.I.N.T.A

:: Perkahwinan ::



Pernahkah anda terfikir sebuah perkahwinan yg tidak mempunyai sokongan dari semua pihak terutamanya bapa anda sendiri.. inilah yg dinamakan kehidupan yg penuh onak duri.. hanya kerana kekayaan dan harta, seseorang boleh berubah dan berfikir semuanya boleh dibeli dengan wang ringgit.. aku hanya menyangkakan yg semua ini hanya berlaku dalam drama melayu pada zama tok kadok tetapi sangkaan ku meleset.. kenapa semua itu dipertikaikan sedangkan semua yg dilakukan ini utk arah kebaikkan bukan kemusnahan.. aku benar2 tidak mengerti..

:: Kenangan ::



Sekuntum bunga ros.. menggambarkan segalanya.. kelopak2 yang ada bagaikan sejarah kehidupan yg menyegar, makin lama makin gugur kerana kita cuba untuk melupakannya, gugurlah ia bagaikan tidak bermakna lagi dlm hidup kita sedangkan kita terlupa bahawa terkadang kita tidak mengharapkan segalanya berlaku dalam hidup kita.. terlalu payah untuk dimengertikan.. terlalu sukar segalanya..

:: Kemesraan ::

Cemburu menguasai diri tatkala terpandangkan keluarga yg bahagia di luar sana sedangkan amat jauh bezanya dengan diri sendiri.. terlalu sukar untuk dimengertikan.. Adakalanya tersurat rasa ingin membukukan segalanya.. Kemesraan tidak hanya bergantung pada diri sendiri.. terkadang terlalu ramai yg tidak berbudi bahasa hingga mengakibatkan hilang kemesraan itu.. seperti apa yg selalu aku lalui..

:: Mukadimah ::

Kadang2 kita di atas, kadang2 kita di bawah, roda dunia berputar pada paksinya.. kehidupan yg bahagia amat diimpikan tetapi seakan sukar untuk dicapai.. Sunyi dan sepi.. cuba untuk berteduh pada dahan yg rendang, tetapi angin taufan menerjah seakan tidak merestuinya.. cuba lagi untuk berpijak di bumi yg nyata, tetapi amat sukar utk menenangkan hati sendiri kerana yg berada di luar sana belum tentu lagi berpijak pada bumi tuhan yg nyata ini..