SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Why love ??

We all want to fall in love. Why?Because that experience makes us feel completely alive.Where every sense is heightened,every emotion is magnified,our everyday reality is shatteredand we are flying into the heavens.It may only last a moment, an hour, an afternoon.But that doesn't diminish its value.Because we are left with memoriesthat we treasure for the rest of our lives.

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata
Hindari Syaitan

Life to Live

Life to Live
Penenang Diri Paling Mujarab
Showing posts with label DELIVERY KAJANG. Show all posts
Showing posts with label DELIVERY KAJANG. Show all posts

Friday, November 11, 2016

THE BEST MANUAL PAM EVER - MADELA HARMONY

Madela Harmony
Madela Swing

Tahukah anda pam susu sangat memainkan peranan yang penting. Nak review sikit pam susu madela harmony vs madela swing yg letrik tu. Botol dan perkakas yg sama yg beza cuma satu pakai mesin satu kene pam pakai tangan. 

Yang mana lg bagus?? 






Madela Harmony jawapan saya kerana apa :-

1) mudah dibawa kemana sahaja tanpa perlu ada kuasa eletrik

2) yang kene basuh ada 4 sahaja iaitu botol, connector, valve dan muncung personal fit tu

3) penghasilan susu maximun 2 kali ganda (contoh pakai letrik pam dapat 4oz bila pam guna manual harmony dapat 8oz sebelah uolss)

4) jimat masa sekali ganda sebab penghasilan pam manual dan letrik x sama. Cara sedutan dll (saya sendiri cuba)

5) spare part x de la mahal sangat sampai beratus hengget

6) kepala connector boleh muat kat botol susu jenama lain selain madela (so faham la madela botol susu harga dh brapa kan so jimat beli je botol susu jenama pureen ke fiffy ke)

7) handle manual pam madela harmony boleh meransang pengeluaran susu awal (mcm stimulate kene tekan handle depan) sebelum tekan handle belakang utk keluarkan susu sepenuhnya)

8) membran ada pelbagai size dan ukuran mengikut keselesaan anda. Contoh saya slalu guna no 32 dan 56 

9) ringan dan sangat fleksible x byk part nak kene pikir dan jaga..

10) senaman tangan yang sangat baik lagi2 utk elakkan gejala carpel tunnel syndrom yg sering berlaku

kredit gambar Mr Google



Psttt.. Saya dh try mcm2 pam.. Eve love double pam, madela swing, lacte, madela harmony jugak yang menang membeli dan sangat puas hati saya pakai sampai skrg. Murah dan x mahal sangat mcm pam2 yg lain.. dari anak sorang sampai dah 3 anak tetap setia kepada madela harmony walhal ada je madela swing, eve love dan lain2.. nak jual preloved sayang pulak boleh je guna kalau terdesak sok..

Nasihat saya sebelum beli sesuatu pam, better anda semua review dulu betul2 pam mana yang bagus dan berkesan sebab semua beli pakai duit bukan pakai daun unless duit korang memang mcm daun dah x taw nak guna untuk apa.. hehe


Nak banyakkan susu badan dengan supplement set milk booster Shaklee jom tanya saya..


Tuesday, March 1, 2016

COKLAT CHIP CUP CAKE PALING SENANG



Bismillah.. Tak nak cakap panjang lebar.. korang nak baca resepi je kan.. muahahahah so meh mak buyong ajarkan resepi paling senang abad ini..

COKLAT CHIP CUP CAKE

Bahan A
2 Cawan Tepung Superfine/Gandum
1 Cawan Serbuk Koko
1 tbs Soda Bikarbonat
1 tbs Baking Powder
Secubit Garam Halus

Ayak semua bahan A masuk bekas besar taw jangan kecik2 nanti payah lak nak salin2 bekas.. Ammak!!

Bahan B
2 Cawan Gula Kastor

1 Cawan Susu Segar
1 cawan minyak masak/jagung
3 biji telur gred A
3/4 cawan air suam

Campur je semua Bahan B dalam Bahan A tadi sambil kacau guna senduk kayu. Air suam je jangan masukkan lagi.. dh sebati semua baru masukkan air suam hokey.. Kacau sampai sebati.. Taraaaa dh siap.. Tak yah susah2 nak pakai mixer la bagai..

Scop kan masuk dalam Cup Cake punya cup tu sampai 3/4 penuh.. jangan penuh2 taw melimpah kang korang jawab la sendiri.. Lepas Scop kan masuk korang tabur la coklat chip tu atas dia sebanyak yang korang suka.. Bakar selama 20-30 minit suhu 175 sampai masak.. ikut kepanasan oven masing2..

Perhatian : cupcake ni jangan masak terlalu lama nanti dia kering sangat x sedap. So pepandai la agak.. Biasanya cucuk tengah2 ngan lidi dia melekat sikit2 x clear sgt lidi tu pun dh okey ikut suka korang la..

Buttercream 
125grm buttercup/butterlite (ikut suka korang la)
2 cawan gula icing (ayak)
1 tbs serbuk koko (ayak)

Cara dia pukul butter smpai putih, masukkan gula icing ngan serbuk koko pukul lagi sampai dia jadi buttercream.. siappp!! paip kan atas cupcake taburkan ngan mini coklat chip..



Mak buyong bukan apa.. kalau buat buttercream lambat jalannya.. kalau ada orang order baru la mak buyong buat.. so mak buyong yang malas ni punya fav ialah topping dengan eskremmmm.. yer eskremmm coklat ataupun strawberry ke vanilla ke suka suki korang la asalkan eskremm.. tengok dia punya pergi macam mana..

1 adunan kat atas ni leh dapat dalam 25-30 cup cake size Medium. So bila masak banyak mak buyong akan simpan dalam bekas tupperware gitew.. anak2 nak makan esok pun x der hal. Tahan seminggu kalau masak dan bakar dengan sempurna. Kalau takut la basi.. kalau mak buyong cakap.. masuk la peti sejuk.. sok masuk microwave panaskan.. 

Sekiannn selamat mencuba yer!!

KEDAI MAKAN MURAH SEDAP KAJANG



Hari ni nak review sikit kedai makan baru sedap lagi menyengat ni ha.. Landmark paling senang nak carik adalah kat Maybank Kajang.. yer kat Cendol Mamak Tokong tu blakang dia. Blakang TNB pun boleh.. Kedai no. 1 gerai MPKj tu haaa..



Haaaa tengok lauk-lauk dia.. menyelerakan.. lom lagi korang rasa.. memaang rasa macam makan kat kampung halaman sambil kene tiup angin sepoi sepoi bahasa.. yang best lagi tu x ingat tetiba dh habis waktu lunch.. parahhhhhh



 Memang kene la dengan selera tekak den ngan ramai lagi orang yang tahu merasa dan menikmati makanan yang nyaman dan sedap.. sodapppppp sehingga menjilat jari bak hang!!


 Ni nak bagi tahu... pagi dia bukak kul 7.30 dia tutup kul 4.00 petang macam tu la.. bukan je lauk2 nasi campur dia der jual, dia der jugak buat katering kalau lah opis2 korang nak order kat dia untuk meeting ke apa ker kan.. bulehhhh sangat... ada delivery lagi kat area bangi ngan kajang.. senang kerja bagi yang maleh nak keluar tu..


Lauk dia semua perhhhh.. ni salah satu.. sebab dh byk sgt pilihan dh tak tahu nak amek lauk apa.. tapi lauk2 dlm pinggan ni memang thorbaik sedap... ada pedas ada ulam ada sayur.. ada telurrr...


Jual nasi ayam pun ada.. nasi goreng ayam.. ha bab ni kadang2 dia ada kadang2 habis kadang2 x der sebab kalau banyak org order dia sempat buat brapa itu je la yang ada.. tapi sedapppppp RM5.00 jer sebungkus nasi ayam dia..


Pagi-pagi kalau dh boring minum makan benda sama leh lah try order nasi goreng kampung ni ha,, pedas.. panas2.. makan sambil ada bau yang wangi pagi2 kalau kat opis.. mau satu opis menoleh..


Mee Bandung pun adooo.. giler ke apa pagi2 makan mee bandung.. tapi apakan daya biasalah selera manusia suka berubah-rubah.. yang penting habis dan sedap... menjilat pinggan..



Nasi goreng patayya dia tengok la haaaaaa... telur dia x nipis.. tebal.. nasi dia sedap.. sos dia lebih meleleh leleh.. alahai.. lapar pulak masa type post ni..


Pokoknya memang sedap la murah dan jimat.. air suam dia kasi FREE jer nak minum bergelen gelen pun buleh musim2 panas ni..

Pagi2 dia ada jugak jual kuih selain jual nasi lemak, mee grg, bihun grg.. air panas sejuk pun ada. So apa tunggu lagi.. jom serbu.. memang thorbaik..