SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Why love ??

We all want to fall in love. Why?Because that experience makes us feel completely alive.Where every sense is heightened,every emotion is magnified,our everyday reality is shatteredand we are flying into the heavens.It may only last a moment, an hour, an afternoon.But that doesn't diminish its value.Because we are left with memoriesthat we treasure for the rest of our lives.

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata
Hindari Syaitan

Life to Live

Life to Live
Penenang Diri Paling Mujarab

Thursday, December 8, 2011

:: PENULISAN ::

Sejak dua menjak nih aku rindu kepada kerjaya lamaku di waktu sekolah dahulu iaitu menulis cerpen-cerpen pendek untuk tatapan kawan2..

Aku ingat lagi pada abg syazwan, senior ku masa di teknik dahulu.. mana lah agaknya dia sekarang nih yer?

Dulu dia sangat rapat denganku.. bagaikan abang dengan adik, tambahan pula waktu tue aku sekolah kat pahang..

Dia lah yang selalu support aku.. slalu refer macam2 ngan dia.. pasal kerja sekolah lah apa lah nasyid lah macam2 lagi..

I just miss him.. jangan salah anggap yer.. miss him n anggap him macam my abang jerk.. huhuhuh

Dia suka dengan hasil2 cerpenku.. ntah betul suka atau tak tue aku tak pasti.. tapi yang aku tahu dia selalu menyuarakan rasa senang bila membaca cerpen2 itu..

Last few years back rasanya aku pernah contact ngan dia, dia asyik tanya bila nak bagi dia baca cerpen2 terbaru...

tapi sekarang kami dah lost contact.. sedih.. :(

Monday, December 5, 2011

:: GERIMIS SENJA ::

Penulis   : Lisa Nur Rahezza
Tajuk     : Gerimis Senja




Tatkala ini, dudukku seorang diri melihat keluar jendela, sedari bahuku ditepuk oleh seseorang.. "hai, mana kau pergi? jauh menung nampaknya" tegur Tina, teman serumahku yang sentiasa ada di sisiku dikala suka mahupun duka.. "tak der lah jauh sangat, aku agak2 dah sampai ke marikh dah tadi " aku berseloroh menghilangkan debar di dada.. Ya, memang aku termenung sejak dari tadi, memikirkan hari mendatang yang entah cerah ataupun kelam suram tidak terkata.. Sesungguhnya kita hanya manusia biasa yang tidak mampu membaca hari akan datang..


"Ha, menung lagi, aku masih kat sini cik kak.." tegur Tina lagi.. aku mula berpaling dan berjalan menuju ke sofa kecil di ruang tamu dan lucunya Tina hanya membontotiku.. "Yang kau nih ikut aku sampai kesini nih kenapa? Buang tebiat ker apa" soalku semula kepada Tina tidak jemu mengusik dan Tina dengan muka seriusnya hanya diam tanpa kata.. Aku lihat seolah-olah dia pula yang termenung dihadapanku..


"Tadi kata orang yang termenung, tapi sekarang dia pulak.." selorohku cuba menghidupkan suasana dengan harapan Tina akan mengikut rentakku juga namun sia-sia.. Tidak pernah aku melihat Tina terlalu bermasalah seperti hari ini. Kenapakah dia bersikap begini. Pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikan olehnya.


"Tina, kau kenal aku buakn setahun dua tau, kalau ada apa-apa cerita lah jangan diam sahaja" pujukku dan aku lihat ada air jernih yang bertakung dikelopak mata Tina.. Tina terus menerpa dan mendakapku lalu menagis teresak-esak menambahkan lagi teka-teki yang memang sekian ada di dalam hatiku kini. Ya Allah, kau lindungilah kawanku ini dari malangpetaka dan anasir-anasir jahat.. Doaku didalam hati.


Akhirnya tangisan Tina reda dan ada sedikit senyuman yang terukir di bibirnya yang munggil itu. "Dah kenapa pulak ko nih Tina, tadi beriya-iya menangis nih kau ketawa pulak, pelik lah aku.. Ko jangan bukan-bukan Tina" Amaranku keras. Risau juga aku melihat keadaan Tina tatkala ini.


"Aku dah pikir masak-masak dan aku dah buat keputusan nak kawin dengan Jeff, aku nangis sebab aku gembira sangat-sangat, Eika" lancar sebaris ayat yang dituturkan oleh Tina kepadaku. Bulat biji mataku mencerlang kearahnya.. Gila ker apa budak nih.. "Itu bukan cerita duka, itu cerita suka, happy" jeritku agak tidak berpuas hati. Aku rasa seolah dipermainkan oleh Tina.


Ada sedikit perubahan di muka Tina. Aku masih dengan muka seriusku dan akhirnya ketawaku pecah juga. Tina juga turut sama ketawa dan kami berdakap seolah berkurun lamanya tidak bertemu. "Aku bahagia untuk kau, ternyata tidak sia-sia hubungan kalian selama nih" Aku bagaikan tidak percaya wanita sekasar Tina mampu jatuh cinta dan mengalirkan mutiara jernih dari kolam mata yang bening itu. Sebelum masuk tidur, aku sempat berseloroh ke arah Tina dimuka pintu kamarku, "Nampaknya aku jugak lah yang belum ada sesiapa nih.." Sambil berlalu meninggalkan Tina yang hanya menggeleng-gelengkan kepala melihatkan telatahku ini.


**********************************************************************************


"Hei, kau tak nampak atau buat-buat tak nampak ha jantan!!" jerkahku kepada lelaki itu yang tiba-tiba muncul dan terus melanggarku. Terlihat dari raut wajahnya, dia sedang gugup dikasariku. Ah persetankan semua itu. "Hello brader, kau dah langgar aku, takkan diam jer kot?? " lancang mulutku bersuara lagi pabila aku melihat lelaki itu hanya berdiam diri sambil tidak berkedip memandangku.. Aku yang geram dengan tindakan lelaki itu terus menghadiahkannya pelempang ajaibku dan aku lihat mukanya kemerahan menahan kesakitan.


Aku lantas beredar dari situ dengan hati yang sebal.. Dah kotor baju aku hari nih dengan jus avacado yang baru ku pesan tadi.. Ini semua gara-gara mamat sengal tue lah.. Aku yang menanggung padahnya.. memang bagus dia makan pelempang aku.


Dari kejauhan aku dapat melihat Tina sedang menuju kearahku dengan sengihan yang ala-ala kerang busuk dia tu. "Ooi, apa kene kau nih, muka macam ayam berak kapur, baju macam biawak tukar warna.." sambil terkekeh kekeh mengtertawakan aku. "Wah wah, sedapnya kau ketawa yer.. diam!!!!!!" tempikku sambil berlari ke arah asrama. Ada air hangat yang jatuh membasahi pipiku.. Tidak!! kenapa aku perlu menangis?? Soaku di dalam hati.. Lemahkah aku?


**********************************************************************************


Hari nih mood aku kembali seperti sediakala.. Bunyi telefon bimbit yang berdering minta di angkat.. "hello.. " sapaku lemah.. kedengaran suara si pemanggil mentertawakanku.. "Hello.. tengah buat apa tu?" soalnya..






to be continue

:: OMBAK RINDU ::


Dah lama rasanya aku tak mengupdate blog nih.. bagaikan terkubur layu jerk..

Hurm.. Bukan apa, aku terlalu sibuk dengan kehidupanku yang penuh suka dan duka ni..

Terbaru aku nak share ngan korang.. Aku g menonton Ombak Rindu di pawagam..



Cerita yang memang menyentuh tangkai hatiku.. Bagi aku, walaupun cerita sedikit di olah mengikut kesesuaian kehidupan kita seharian..

Kalau novel panjang, tetapi filem nih terpaksa lah mengikut jam yang ditetapkan.. Kebanyakkan cerita yang diolah masih tidak mencacatkan filem ini..

Bukan semua orang pernah membaca novel ini, so cerita dia boleh difahami dengan jelas oleh orang yang tak pernah baca jugak.. Walaupun x berapa detail..



Kredit kepada Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Azizah Mahzan kot nama dia, yang betul2 menjiwai watak-watak yang ada dengan jayanya.. aku suka lakonan kalian yang mantap..



Berbeza dengan cerita lagenda budak setan dahulu yang pernah jugak difilemkan.. Orang yang tak baca novel dia maybe tak berapa nak faham ceritanya..

Tapi apa pun, semua cerita ada keistimewaannya tersendiri.. So apa tunggu lagi.. Jom tengok lagi dan lagi..

Bagi yang terlupa kulit novel Ombak Rindu nih.. bolehlah tengok yang gambar nih k..


Novel nih juga ada sambungannya yang tak kurang juga hebatnya, jadi kalian boleh lah membeli tajuk2 di bawah jika masih berada di pasaran.

1. Ombak Rindu
2. Cinta Tiada Akhirnya
3. Rindu Cintaku


"Cinta perlukan pengorbanan"

Saturday, October 15, 2011

:: MIMIE LULU BT ABDULLAH ::


Hai, nama saya Mimie Lulu Bt Abdullah.. akakakaka... Ni lah buah hati pengarang jantung skarang nih.. Yer lah nak anak lambat lagi x tahu bila leh dapat...


Ngee... cuma ada satu yang aku x berkenan dengan si mimie nih, dia kuat menggigit... pantang lah tgk sesiapa jer nak disambarnya.. ader ker patut.. ish ish ish


Ada ker petua supaya dia kurang menggigit? Dan skrg selain kuat menggigit, dia sangat hyper active... ngeeeee


Sebenarnya mimie nih homeless masa budak office saya jumpa dia.. dan oleh kerana kat umah dia dh ader rabbit, so dia dah tak nak bela n offer kat saya..


Saya memang lah berminat dengan kucing n tambahan lagi si mimie nih nampak cute (masa tue).. akakakaka 


Apa pun, saya sayang mimie sangat2 macam anak saya sendiri.. banyak permainan dia, cage dia, dan mcm2 lagi lah dh saya beli untuk dia..


Semoga dia kurang menggigit lagi pas nih... Amin

:: MENG-UP-DATE ::

Dah tersangat lama rasanya tak mengupdate blog nih.. Bz the sesangat lately.. How's life? for me banyak sangat yang terjadi sehinggakan tidak tertulis..


Cuma satu, saya sedar, kita hanya manusia biasa yang tak lepas dari membuat kesilapan dan segala yang buruk datangnya dari diri kita sendiri dan yang baik datangnya daripada Allah yang satu..


Tuesday, August 16, 2011

Operation

Saat ini aku tengah berdebar-debar menunggu suami aku menjalani penbedahan tonsil.. yer pembedahan tonsil..


Seram nihh.. hehehehehe


Actually baru aku tahu hakikatnya bahawa pembedahan tonsil tue sebenarnya wajid jika ianya telah mengganggu salur penafasan kita seharian.


Bayangkan dalam masa tidur 8 jam tue, nafas kita berhenti sebanyak 87 kali.. tak ker parah tue? Aduhai...


Jadi aku just nak share ar apa aku rasa skrg walhal aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa nih..


Sekian..

Corat-Coret

Rasanya sudah cukup sebulan lamanya aku tak mengupdate blog aku nih.. yer memang.. aku sangat2 tak punya masa.. tak tahu nak curik masa tue dari mana untuk membolehkan aku mengupdate blog aku nih.. aduhai..


banyak sebenarnya benda yang berlaku dalam hidup aku sejak dua menjak nih tapi semuanya aku serahkan kepada qada' dan qadar sahaja.. 


bukan apa, malas nak menaip detail sangat.. heeeeeee


Tue je lah nak cakap n tulis.. sekian