Wednesday, March 31, 2010
:: siapakah kita ::
Siapakah kita dan apakah yang sedang kita fikirkan, pernahkah kita terfikir tentang hati dan perasaan orang lain terhadap kita? adakah mereka benci atau sayang kepada kita?
sayang seribu kali sayang kerana aku tak pernah merasa bahagia yang sebenar-benarnya dalah hidupku.. apa sahaja pasti ada halangan yang menjengah.. selalu ingin berkongsi segala duka tetapi adalah org yang ingin aku kongsikan itu bersedia atau sebaliknya?
Jadi nak tak nak simpanlah sensorang, terkadang makan hati jugak dengan perangai orang sekeliling tapi apa kan daya, hati semua org susah nak dimengerti..
terlalu banyak penyeksaan sehinggakan tertutup habis pintu kebahagiaan atau aku tak layak menerima kebahagiaan itu? Benarkah begitu? Terlalu kejamkah takdir hiduoku kepadaku??
Ya Allah, aku berserah, hanya padamu, jika aku luka sekarang, bahagiakanlah aku pada hari muka kerana aku tidak pernah tahu apa nasibku di hari muka..
Wednesday, March 17, 2010
:: Apa yang aku inginkan ::
Apa yang aku inginkan? sebenarnya terlalu mudah, tetapi yang mudah tue lah susah untuk kita lakukan.. Aku inginkan sebuah hidup yang aman damai bersama insan tersayang yang sentiasa romantik dan sentiasa ada disisi.. sentiasa menyemai benih cinta supaya tidak pernah layu dimamah usia.. aku inginkan seseorang yang memahami dan bertimbang rasa, tidak jemu melayan kerenahku, menegurku jika aku silap, memanjai aku.. dah segalanya.. mempunyai cahaya mata yang comel-comel.. yang sentiasa bergelak ketawa dengan satu sama lain.. agar dapat melupakan segala masalah yang tidak sepatutnya pabila bersama...
semua benda yang aku inginkan ini seperti petik jari jer.. kenapa sampai kini aku belum merasa lagi bahagia seperti ini.. aku bersyukur kerana ada yang mencintai aku dan menyayangi aku.. tetapi kadangkala angin bertiup kencang menyebabkan taufan melanda.. sangat sakit hati memandang banyak yang terluka.. hati ini sudah cukup terluka dengan pelbagai sengketa.. kenapa begitu payah untuk memahamiku??
sayang, aku inginkan kebahagiaan yang kekal abadi, bukan kebahagiaan yang datang silih berganti bersama duka.. aku hanya inginkan insan untuk dimanjai.. dibelai.. dikasihi.. seperti mana insan lain dapat... permintaan yang aku anggap tidak berlebihan.. supaya akan aku bawa bahagia ini sampai mati..
selamanya...
Subscribe to:
Posts (Atom)