Assalammualaikum dan salam sejahtera
Lama rasanya saya tak hapdate belog saya ni.. Rasa terpanggil nak hapdate sesuatu tetapi apa yer topik yang sesuai.. Oleh kerana saya mengalami dan merasai sendiri menyusukan Nur Raihanah Raiqah dengan penyusuan penuh, rasa terpanggil nak share tips2 yang maybe boleh membantu anda2 semua..
Hari ini saya nak share sikit tentang teknik2 pam susu yang betul, kalau betul cara pam banyak kita dapat banyak juga khasiat dia kepada Baby kita, Saya percaya ramai ibu-ibu diluar sana masih dahagakan ilmu ini walaupun telah beranak pinak lebih dari seorang.. saya juga begitu.. jadi marilah sama-sama kita sharekan ilmu ini moga bermanfaat kepada semua pembaca..
CARA DAN LANGKAH-LANGKAH PAM SUSU YANG BETUL
1# BERDOA, BERZIKIR DAN REDHA
Sebelum kita mulakan sesi mengepam susu kita haruslah berazam, berdoa dan berzikir serta menyerahkan seluruh jiwa raga kita pada Allah agar berapa juga hasilnya kita tetap positif dan bersyukur kerana Allah telah memberikan kita rezeki untuk menyusukan anak kita sehingga ke tahap sekarang ini.
2# TENANGKAN EMOSI DAN TATAPLAH GAMBAR ANAK KITA
Ini sangat penting kerana emosi juga memainkan peranan yang sangat2 penting dalam jumlah penghasilan susu kita, jika kita tidak berasa gembira dan sentiasa dalam keadaan stress dan bersedih, produksi susu kita juga akan bantut sekali gus menambahkan kerunsingan kita kerana susu tidak cukup untuk dihasilkan.. makan la apa jenis milk booster sekali pun tak akan pernah bakalan berhasil (bak kata sinetron indonesia).. rugi je duit sebab x dapat khasiat milk booster tersebut.. Jadi mommy2 semua, CHILL!!
3# PASTIKAN ANDA KONSISTENIni lah salah satu lagi masalah kita ibu2 yang bekerjaya ni. Konsistensi.. Sangat2 susah. Jadi apa yang saya sendiri lakukan, set kan alarm di hand phone anda. Alarm paling kuat yang pernah anda ada.. Tetapkan penyusuan selang 2-3 jam atau 3-4jam.. yang mana pilihan hati anda. Kalau jam dah berbunyi, snooze dibenarkan 2 kali sahaja, lepas tu sila mulakan sesi mengepam anda. Jika anda berjaya konsisten untuk menetapkan waktu mengepam, signal akan sampai ke otak bahawa anak anda perlukan susu pada waktu itu dan lebih banyak susu akan dihasilkan oleh badan anda.
4# MINUM SEGELAS AIR (SUAM/ROOM TEMPRETUE/SEJUK)
Kenapa kene minum air, haaa soalan yang bagus.. Bila anda nak aktifkan cairan dalan badan anda, anda kene minum air putih untuk membolehkan badan anda bertindak balas. Jadi kene lah minum segelas air untuk membolehkan anda berasa tenang dan system badan anda dapat memproses susu tersebut.
5# DAPATKAN PAM YANG SELESA DAN LAKUKAN PEMERIKSAAN PADA PAM
Pam yang selesa, suction yang betul dan juga size yang betul sangat2 memberi kesan kepada hasil pengepaman susu anda. Jika anda beli pam mahal mana sekali pun tapi tidak selesa, sekali gus mengganggu emosi anda walaupun sedikit, percayalah ianya tidak akan berhasil. Tidak kiralah pam manual atau pun eletrik. Yang penting selesa, dalam keadaan baik dan boleh digunakan semaksimum yang boleh.

6# PAKAIAN KHAS DAN SELESA
Pakai lah pakaian khas untuk mengepam susu seperti bra yang sesuai, baju yang selesa, kedudukan yang selesa sebelum anda memulakan sesi mengepam susu anda. Jika perlu, siapkan kain tuala kecil mahupun kertas tisu disebelah anda untuk memudahkan anda mengelap sisa2 tumpahan susu anda nanti.

7# URUT PAYUDARA SEBELUM MULAKAN SESI
Ini lagi satu tips yang ramai orang terlepas pandang, kadang2 terus sahaja pam.. terkejut badan anda tu wahai mommy2 sekalian. Kene lah bagi intro dulu. Urut2 belai2 manja dulu sebelum anda mulakan sesi untuk mengepam. Bayangkan yang best2 sahaja supaya anda mampu dapatkan hasil yang maximum. Gambar di bawah menunjukkan cara untuk urutan payudara anda. Tapi sekarang semua dah moden, mesin mengepam dan ada butang untuk urut payudara anda sebelum anda mula mengepam..

8# PAM SEAWAL JAM 6 PAGI SETIAP HARI
Kenapa kene pam awal sangat? Aduhai payah nyer nak bagun awal sebab nak pam susu... tapi tahu tak sebab apa kene pam susu awal pagi. Sebab waktu tu sunyi, tenang, aman, damai dan waktu tu la hormon prolaktin dan oksitosin tinggi.. Jadi lebih banyak hormon pada waktu mengepam lebih banyak susu terhasil. simple kan??
9# TANDEM PUMPING
Jika anda menyusukan anak anda di payudara sebelah kiri, lakukan aktiviti mengepam di payudara sebelah kanan. Ia sekali gus menjimatkan masa dan meransang susu untuk dihasilkan dengan lebih banyak.

10# POWER PUMPING
Dah pam dah, sudah!!.. Tapi macam mana anda pam? Kosong ke tidak payudara anda? Atau anda main agak2 je?? Anda boleh cuba guna teknik power pumping ni, sangat2 berkesan.. (sentiasa ingat walaupun susu yang keluar hanya setitik sewaktu sesi mengepam, lakukan jugak power pumping ni sehingga habis, jangan mengalah skip atau sewaktu dengannya).
11# PERAH DENGAN TANGAN
Cuba setelah selesai anda pam walau pun dengan apa kaedah, bila anda perah dengan tangan masih ada susu yang mampu keluar daripada payudara anda. Ini menunjukkan bahawa payudara anda masih belum kosong dan masih memproduksi susu. Perah susu anda keluar agar otak memberikan ransangan bahawa masih banyak susu yang diperlukan oleh bayi anda.
Langkah-langkah teknik memerah dengan tangan adalah seperti berikut.
- Buat pegangan C pada payu dara. Letakkan ibu jari di sebelah atas payu dara berdekatan aerola manakala jari telunjuk di bahagian bawah payu dara (ikut petunjuk Utara dan Selatan)
- Tekan payu dara ke belakang ke arah dalam dada.
- Picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk selama dua saat dan lepaskan.
- Golekkan jari seolah-olah menekan kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit.
- Ulangi langkah ini bebrapa kali. Teruskan memicit sehingga tiada lagi susu yang keluar.
- Tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut Timur – Barat, Tenggara – Barat Laut dan Barat Daya – Timur Laut sehingga tiada lagi titisan susu.
- Perah setiap payu dara lima hingga sepuluh minit secara bergilir.
* Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ibu ke atas puting dan keringkan puting payu dara itu..
12# SIMPAN DENGAN SELAMAT DAN KEDAP UDARA
Pastikan anda menggunakan plastik susu yang telah tersedia di pasaran ataupun bekas yang bersih yang kering untuk menyimpan susu anda. Tandakan dengan tarikh dan masa mengepam di plastik atau pun di bekas anda menyimpan susu itu. Gunakan teknik 1st in 1st out.
Alhamdulillah, selesai sudah sesi mengepam anda pada kali ini. HEP!! Pastikan anda terus membasuh perkakas mengepam anda serta merta sejurus selepas digunakan. Ini kerana apabila anda membiarkan dan melambatkan proses pembersihan ini, bakteria mudah terhasil kerana kelembapan yang ada pada
perkakas menyusu anda. Bahaya kan??
14# Kenalpasti susu badan anda
Disini saya kongsikan antara jenis susu badan dan beserta khasiat nya kepada bayi kita.. Macam mana nak dapatkan hindmilk dan foremilk yang banyak, baca sampai habis posting ini yer..
Alhamdulillah ini lah cara-cara yang saya amalkan sehingga ke hari ini dan ianya ternyata membuahkan hasil. Sehari maximum 70oz (jangan cakap saya tipu sebab saya terpaksa sedekahkan kat makcik sedara EBM saya dan beli deep freezer utk stock kat umah).
Selain itu saya juga mengamalkan supplement Shaklee seperti ESP, Alfafa, Letichin dan Ostrematrix untuk mengekalkan produksi susu.
Jika anda berminat untuk FREE Coaching dan mendapatkan produk Shaklee sila Whatsapp saya di no. 0176895107.
Bulan September promosi ESP, apa tunggu lagi.. Jangan lepaskan peluang anda..
No comments:
Post a Comment