SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Why love ??

We all want to fall in love. Why?Because that experience makes us feel completely alive.Where every sense is heightened,every emotion is magnified,our everyday reality is shatteredand we are flying into the heavens.It may only last a moment, an hour, an afternoon.But that doesn't diminish its value.Because we are left with memoriesthat we treasure for the rest of our lives.

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata
Hindari Syaitan

Life to Live

Life to Live
Penenang Diri Paling Mujarab

Wednesday, September 3, 2014

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS PETAI PALING SENANG


RESEPI SAMBAL IKAN BILIS PETAI RESEPI TURUN TEMURUN 




Hai semua, rini terasa nak share cara masak sambal ikan bilis petai terbaik dunia.. bukan la nak kata apa, tapi setiap kali open house mesti buat sambal ni atas request papa (haha papa nyer open house la, kami malas nak masak2 sebenarnya), kawan-kawan dia yang datang semua kaki makan, cina, india, singh, berbilang kaum la..

Nak dijadikan cerita sampai suruh bukakkan restoran untuk sa, adoiii tak larat lah bukan menolak tapi biasalah, sekarang nih tengah sibuk bekerja, mood nak berniaga ada tapi takut hangat2 tahi ayam busuknya.. 

Ok sa sharekan step by step cara nak masak sambal ikan bilis petai kegilaan ramai ni k..

Bahan2 yang kene ada 
1) cili kering pedas + tak pedas RM2.00 (kalau guna cili boh x sedap sebab cili boh atau cili giling x fresh)
2) bawang besar merah 6 biji
3) bawang putih 10 ulas
4) minyak masak untuk menumis
5) belacan 3inci
6) gula secukup rasa
7) garam secukup rasa
8) ajinomoto (terpulang pd individu)
9) ikan bilis kopek (digoreng)
10) petai
11) air asam jawa

Dah cukup barang2 yang disenaraikan? meh kita tengok cara2 nak masak nya pulak, sebenarnya sangat2 senang, kalau nak lagi senang masak pakai kuali non stick tu ha, leh tinggal2 lama, sekali sekala kacau, sambil2 tu leh masak benda lain.. hehehe

Cara2 nya macam ni
1) gunting2 cili kering masuk periuk, masukkan air n rebus cili tu, kenapa kene buat benda nih? sebab kita tak nak biji yang banyak yang tak elok untuk usus kita.. no no no.. 

2) toskan cili yang dah kembang dan menggelegak, buang seberapa banyak biji cili yang boleh

3) blenkan dengan 3 biji bawang besar dan 10 ulas bawang putih 
P/s : cili yang korang blend nih boleh dimasukkan dalam tupperware or tipuware dan letak dalam peti sejuk, boleh tahan selama seminggu lebih dalam peti sejuk, tak ke senang, kalau korang balik keje kuarkan cili tu tinggal tumis pakai minyak.. ni lah rahsianya... ramai org suka blen cili n bawang asing2.. bila asing2 rasanya akan jadi kureng..

4) tumiskan 3 biji bawang besar yang dihiris besar dengan belacan sampai naik bau dan belacan larut dalam minyak, then masukkan cili yang dah blen tadi..

5) masukkan garam, aji, gula, air asam jawa sikit terlebih dahulu sedikit.. kenapa?? sebab ianya akan membuatkan rasa sambal sebati dengan perasa yang anda gunakan, lepastu masakkan sambal sampai pecah minyak.. sampai warna sambal tukar jadi warna merah gelap...

6) masukkan ikan bilis goreng apabila cili telah diyakini masak dan gaulkan lagi.. kalau ikan bilis tak goreng nanti rasa dia lembik2 x sedap

7) lepas dah naik minyak lagi, dah masak sebati dan rasa semua dah cukup last sekali masukkan petai.. petai tak yah masak lama2 x sedap.. sedia dihidang.. 

Senang kan, gerenti mak mertua lalu pun tak nampak, leh makan ngan nasi lemak, ngan macam2 lagi lah, ngan roti pun boleh.. sambal nih applicable bukan sahaja utk ikan bilis tapi untuk udang, sotong, ayam dan lain2 cuma boleh kurangkan belacan dan x payah guna asam jawa..

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment