SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Why love ??

We all want to fall in love. Why?Because that experience makes us feel completely alive.Where every sense is heightened,every emotion is magnified,our everyday reality is shatteredand we are flying into the heavens.It may only last a moment, an hour, an afternoon.But that doesn't diminish its value.Because we are left with memoriesthat we treasure for the rest of our lives.

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata
Hindari Syaitan

Life to Live

Life to Live
Penenang Diri Paling Mujarab

Thursday, December 8, 2011

:: JALAN ::

"Bangun mandi, sembahyang, lepas tu pergi sekolah, kang lewat pulak", tempik mama kearah pintu billiku.. aku masih terpisat-pisat menggosok mataku.. ah, masih mengantuk dan masih mahu tidur.. nanti aku cakap lah pada mama aku sakit kepala, cirit birit. Mana cukup tidur hanya 3 jam sahaja.. Orang lain tidur 8 jam sehari.. Dengan mini skirt masih melekat di tubuh, baju yang menampakkan pusat aku terus tertidur selepas menyelinap masuk pagi tadi..

"Bangun!!!!!!, kau pekak ke apa hah?" ketukan bertalu-talu di pintu kamarku menunjukkan mama semakin berang denganku.. "Ma, orang pening kepala, tak dapat tidur semalaman, cirit birit.. tak nak pergi sekolah" jeritku pula di dalam bilik.. "Apa nak jadi ngan kau nih ha? ada sahaja alasan kau.." mama mulai berleter di luar sana tapi aku makin lama makin hanyut entah ke mana.. mengantuk yang teramat sangat.. Kugagahi untuk membuka mata, namun gagal.. Masih terbayang bayang keasyikkan menari di kelab malam tadi dengan alunan muzik kegilaanku.. 

Shawn memelukku sambil menari, aku bahagia diperlakukan begitu, kadang-kala tangannya memegang punggungku, kadangkala memelukku erat.. aku amat bahagia.. Air haram adalah air kegemaran kami. Aku tak perlu mengeluarkan satu sen pun wang ringgitku kerna semuanya di tanggung oleh Shawn.. 

Aku berkenalan dengan Shawn daripada bekas kekasihku, dan lama-kelamaan kami makin intim. Pernah aku terserempak beberapa kali dengan bekas kekasihku tetapi aku tak kisah asalkan aku kini bahagia didampingi jejaka sekacak dan setampan Shawn.. Bagiku, Shawn tahu apa yang aku inginkan dan mampu membuatkan ku tersenyum..

*********************************************************************************

Usai mandi, aku turun kebawah mencari sarapan untuk mengisi perutku yang telah mula berkeroncong..



to be continue

:: PENULISAN ::

Sejak dua menjak nih aku rindu kepada kerjaya lamaku di waktu sekolah dahulu iaitu menulis cerpen-cerpen pendek untuk tatapan kawan2..

Aku ingat lagi pada abg syazwan, senior ku masa di teknik dahulu.. mana lah agaknya dia sekarang nih yer?

Dulu dia sangat rapat denganku.. bagaikan abang dengan adik, tambahan pula waktu tue aku sekolah kat pahang..

Dia lah yang selalu support aku.. slalu refer macam2 ngan dia.. pasal kerja sekolah lah apa lah nasyid lah macam2 lagi..

I just miss him.. jangan salah anggap yer.. miss him n anggap him macam my abang jerk.. huhuhuh

Dia suka dengan hasil2 cerpenku.. ntah betul suka atau tak tue aku tak pasti.. tapi yang aku tahu dia selalu menyuarakan rasa senang bila membaca cerpen2 itu..

Last few years back rasanya aku pernah contact ngan dia, dia asyik tanya bila nak bagi dia baca cerpen2 terbaru...

tapi sekarang kami dah lost contact.. sedih.. :(

Monday, December 5, 2011

:: GERIMIS SENJA ::

Penulis   : Lisa Nur Rahezza
Tajuk     : Gerimis Senja




Tatkala ini, dudukku seorang diri melihat keluar jendela, sedari bahuku ditepuk oleh seseorang.. "hai, mana kau pergi? jauh menung nampaknya" tegur Tina, teman serumahku yang sentiasa ada di sisiku dikala suka mahupun duka.. "tak der lah jauh sangat, aku agak2 dah sampai ke marikh dah tadi " aku berseloroh menghilangkan debar di dada.. Ya, memang aku termenung sejak dari tadi, memikirkan hari mendatang yang entah cerah ataupun kelam suram tidak terkata.. Sesungguhnya kita hanya manusia biasa yang tidak mampu membaca hari akan datang..


"Ha, menung lagi, aku masih kat sini cik kak.." tegur Tina lagi.. aku mula berpaling dan berjalan menuju ke sofa kecil di ruang tamu dan lucunya Tina hanya membontotiku.. "Yang kau nih ikut aku sampai kesini nih kenapa? Buang tebiat ker apa" soalku semula kepada Tina tidak jemu mengusik dan Tina dengan muka seriusnya hanya diam tanpa kata.. Aku lihat seolah-olah dia pula yang termenung dihadapanku..


"Tadi kata orang yang termenung, tapi sekarang dia pulak.." selorohku cuba menghidupkan suasana dengan harapan Tina akan mengikut rentakku juga namun sia-sia.. Tidak pernah aku melihat Tina terlalu bermasalah seperti hari ini. Kenapakah dia bersikap begini. Pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikan olehnya.


"Tina, kau kenal aku buakn setahun dua tau, kalau ada apa-apa cerita lah jangan diam sahaja" pujukku dan aku lihat ada air jernih yang bertakung dikelopak mata Tina.. Tina terus menerpa dan mendakapku lalu menagis teresak-esak menambahkan lagi teka-teki yang memang sekian ada di dalam hatiku kini. Ya Allah, kau lindungilah kawanku ini dari malangpetaka dan anasir-anasir jahat.. Doaku didalam hati.


Akhirnya tangisan Tina reda dan ada sedikit senyuman yang terukir di bibirnya yang munggil itu. "Dah kenapa pulak ko nih Tina, tadi beriya-iya menangis nih kau ketawa pulak, pelik lah aku.. Ko jangan bukan-bukan Tina" Amaranku keras. Risau juga aku melihat keadaan Tina tatkala ini.


"Aku dah pikir masak-masak dan aku dah buat keputusan nak kawin dengan Jeff, aku nangis sebab aku gembira sangat-sangat, Eika" lancar sebaris ayat yang dituturkan oleh Tina kepadaku. Bulat biji mataku mencerlang kearahnya.. Gila ker apa budak nih.. "Itu bukan cerita duka, itu cerita suka, happy" jeritku agak tidak berpuas hati. Aku rasa seolah dipermainkan oleh Tina.


Ada sedikit perubahan di muka Tina. Aku masih dengan muka seriusku dan akhirnya ketawaku pecah juga. Tina juga turut sama ketawa dan kami berdakap seolah berkurun lamanya tidak bertemu. "Aku bahagia untuk kau, ternyata tidak sia-sia hubungan kalian selama nih" Aku bagaikan tidak percaya wanita sekasar Tina mampu jatuh cinta dan mengalirkan mutiara jernih dari kolam mata yang bening itu. Sebelum masuk tidur, aku sempat berseloroh ke arah Tina dimuka pintu kamarku, "Nampaknya aku jugak lah yang belum ada sesiapa nih.." Sambil berlalu meninggalkan Tina yang hanya menggeleng-gelengkan kepala melihatkan telatahku ini.


**********************************************************************************


"Hei, kau tak nampak atau buat-buat tak nampak ha jantan!!" jerkahku kepada lelaki itu yang tiba-tiba muncul dan terus melanggarku. Terlihat dari raut wajahnya, dia sedang gugup dikasariku. Ah persetankan semua itu. "Hello brader, kau dah langgar aku, takkan diam jer kot?? " lancang mulutku bersuara lagi pabila aku melihat lelaki itu hanya berdiam diri sambil tidak berkedip memandangku.. Aku yang geram dengan tindakan lelaki itu terus menghadiahkannya pelempang ajaibku dan aku lihat mukanya kemerahan menahan kesakitan.


Aku lantas beredar dari situ dengan hati yang sebal.. Dah kotor baju aku hari nih dengan jus avacado yang baru ku pesan tadi.. Ini semua gara-gara mamat sengal tue lah.. Aku yang menanggung padahnya.. memang bagus dia makan pelempang aku.


Dari kejauhan aku dapat melihat Tina sedang menuju kearahku dengan sengihan yang ala-ala kerang busuk dia tu. "Ooi, apa kene kau nih, muka macam ayam berak kapur, baju macam biawak tukar warna.." sambil terkekeh kekeh mengtertawakan aku. "Wah wah, sedapnya kau ketawa yer.. diam!!!!!!" tempikku sambil berlari ke arah asrama. Ada air hangat yang jatuh membasahi pipiku.. Tidak!! kenapa aku perlu menangis?? Soaku di dalam hati.. Lemahkah aku?


**********************************************************************************


Hari nih mood aku kembali seperti sediakala.. Bunyi telefon bimbit yang berdering minta di angkat.. "hello.. " sapaku lemah.. kedengaran suara si pemanggil mentertawakanku.. "Hello.. tengah buat apa tu?" soalnya..






to be continue

:: OMBAK RINDU ::


Dah lama rasanya aku tak mengupdate blog nih.. bagaikan terkubur layu jerk..

Hurm.. Bukan apa, aku terlalu sibuk dengan kehidupanku yang penuh suka dan duka ni..

Terbaru aku nak share ngan korang.. Aku g menonton Ombak Rindu di pawagam..



Cerita yang memang menyentuh tangkai hatiku.. Bagi aku, walaupun cerita sedikit di olah mengikut kesesuaian kehidupan kita seharian..

Kalau novel panjang, tetapi filem nih terpaksa lah mengikut jam yang ditetapkan.. Kebanyakkan cerita yang diolah masih tidak mencacatkan filem ini..

Bukan semua orang pernah membaca novel ini, so cerita dia boleh difahami dengan jelas oleh orang yang tak pernah baca jugak.. Walaupun x berapa detail..



Kredit kepada Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Azizah Mahzan kot nama dia, yang betul2 menjiwai watak-watak yang ada dengan jayanya.. aku suka lakonan kalian yang mantap..



Berbeza dengan cerita lagenda budak setan dahulu yang pernah jugak difilemkan.. Orang yang tak baca novel dia maybe tak berapa nak faham ceritanya..

Tapi apa pun, semua cerita ada keistimewaannya tersendiri.. So apa tunggu lagi.. Jom tengok lagi dan lagi..

Bagi yang terlupa kulit novel Ombak Rindu nih.. bolehlah tengok yang gambar nih k..


Novel nih juga ada sambungannya yang tak kurang juga hebatnya, jadi kalian boleh lah membeli tajuk2 di bawah jika masih berada di pasaran.

1. Ombak Rindu
2. Cinta Tiada Akhirnya
3. Rindu Cintaku


"Cinta perlukan pengorbanan"