SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Why love ??

We all want to fall in love. Why?Because that experience makes us feel completely alive.Where every sense is heightened,every emotion is magnified,our everyday reality is shatteredand we are flying into the heavens.It may only last a moment, an hour, an afternoon.But that doesn't diminish its value.Because we are left with memoriesthat we treasure for the rest of our lives.

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata
Hindari Syaitan

Life to Live

Life to Live
Penenang Diri Paling Mujarab

Friday, November 11, 2016

THE BEST MANUAL PAM EVER - MADELA HARMONY

Madela Harmony
Madela Swing

Tahukah anda pam susu sangat memainkan peranan yang penting. Nak review sikit pam susu madela harmony vs madela swing yg letrik tu. Botol dan perkakas yg sama yg beza cuma satu pakai mesin satu kene pam pakai tangan. 

Yang mana lg bagus?? 






Madela Harmony jawapan saya kerana apa :-

1) mudah dibawa kemana sahaja tanpa perlu ada kuasa eletrik

2) yang kene basuh ada 4 sahaja iaitu botol, connector, valve dan muncung personal fit tu

3) penghasilan susu maximun 2 kali ganda (contoh pakai letrik pam dapat 4oz bila pam guna manual harmony dapat 8oz sebelah uolss)

4) jimat masa sekali ganda sebab penghasilan pam manual dan letrik x sama. Cara sedutan dll (saya sendiri cuba)

5) spare part x de la mahal sangat sampai beratus hengget

6) kepala connector boleh muat kat botol susu jenama lain selain madela (so faham la madela botol susu harga dh brapa kan so jimat beli je botol susu jenama pureen ke fiffy ke)

7) handle manual pam madela harmony boleh meransang pengeluaran susu awal (mcm stimulate kene tekan handle depan) sebelum tekan handle belakang utk keluarkan susu sepenuhnya)

8) membran ada pelbagai size dan ukuran mengikut keselesaan anda. Contoh saya slalu guna no 32 dan 56 

9) ringan dan sangat fleksible x byk part nak kene pikir dan jaga..

10) senaman tangan yang sangat baik lagi2 utk elakkan gejala carpel tunnel syndrom yg sering berlaku

kredit gambar Mr Google



Psttt.. Saya dh try mcm2 pam.. Eve love double pam, madela swing, lacte, madela harmony jugak yang menang membeli dan sangat puas hati saya pakai sampai skrg. Murah dan x mahal sangat mcm pam2 yg lain.. dari anak sorang sampai dah 3 anak tetap setia kepada madela harmony walhal ada je madela swing, eve love dan lain2.. nak jual preloved sayang pulak boleh je guna kalau terdesak sok..

Nasihat saya sebelum beli sesuatu pam, better anda semua review dulu betul2 pam mana yang bagus dan berkesan sebab semua beli pakai duit bukan pakai daun unless duit korang memang mcm daun dah x taw nak guna untuk apa.. hehe


Nak banyakkan susu badan dengan supplement set milk booster Shaklee jom tanya saya..


Friday, September 9, 2016

14 CARA PAM SUSU YANG BETUL



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Lama rasanya saya tak hapdate belog saya ni.. Rasa terpanggil nak hapdate sesuatu tetapi apa yer topik yang sesuai.. Oleh kerana saya mengalami dan merasai sendiri menyusukan Nur Raihanah Raiqah dengan penyusuan penuh, rasa terpanggil nak share tips2 yang maybe boleh membantu anda2 semua..

Hari ini saya nak share sikit tentang teknik2 pam susu yang betul, kalau betul cara pam banyak kita dapat banyak juga khasiat dia kepada Baby kita, Saya percaya ramai ibu-ibu diluar sana masih dahagakan ilmu ini walaupun telah beranak pinak lebih dari seorang.. saya juga begitu.. jadi marilah sama-sama kita sharekan ilmu ini moga bermanfaat kepada semua pembaca..



CARA DAN LANGKAH-LANGKAH PAM SUSU YANG BETUL


1# BERDOA, BERZIKIR DAN REDHA


Sebelum kita mulakan sesi mengepam susu kita haruslah berazam, berdoa dan berzikir serta menyerahkan seluruh jiwa raga kita pada Allah agar berapa juga hasilnya kita tetap positif dan bersyukur kerana Allah telah memberikan kita rezeki untuk menyusukan anak kita sehingga ke tahap sekarang ini.

2# TENANGKAN EMOSI DAN TATAPLAH GAMBAR ANAK KITA


Ini sangat penting kerana emosi juga memainkan peranan yang sangat2 penting dalam jumlah penghasilan susu kita, jika kita tidak berasa gembira dan sentiasa dalam keadaan stress dan bersedih, produksi susu kita juga akan bantut sekali gus menambahkan kerunsingan kita kerana susu tidak cukup untuk dihasilkan.. makan la apa jenis milk booster sekali pun tak akan pernah bakalan berhasil (bak kata sinetron indonesia).. rugi je duit sebab x dapat khasiat milk booster tersebut.. Jadi mommy2 semua, CHILL!!


3# PASTIKAN ANDA KONSISTENIni lah salah satu lagi masalah kita ibu2 yang bekerjaya ni. Konsistensi.. Sangat2 susah. Jadi apa yang saya sendiri lakukan, set kan alarm di hand phone anda. Alarm paling kuat yang pernah anda ada.. Tetapkan penyusuan selang 2-3 jam atau 3-4jam.. yang mana pilihan hati anda. Kalau jam dah berbunyi, snooze dibenarkan 2 kali sahaja, lepas tu sila mulakan sesi mengepam anda. Jika anda berjaya konsisten untuk menetapkan waktu mengepam, signal akan sampai ke otak bahawa anak anda perlukan susu pada waktu itu dan lebih banyak susu akan dihasilkan oleh badan anda.



4# MINUM SEGELAS AIR (SUAM/ROOM TEMPRETUE/SEJUK)
Kenapa kene minum air, haaa soalan yang bagus.. Bila anda nak aktifkan cairan dalan badan anda, anda kene minum air putih untuk membolehkan badan anda bertindak balas. Jadi kene lah minum segelas air untuk membolehkan anda berasa tenang dan system badan anda dapat memproses susu tersebut.

5# DAPATKAN PAM YANG SELESA DAN LAKUKAN PEMERIKSAAN PADA PAM

Pam yang selesa, suction yang betul dan juga size yang betul sangat2 memberi kesan kepada hasil pengepaman susu anda. Jika anda beli pam mahal mana sekali pun tapi tidak selesa, sekali gus mengganggu emosi anda walaupun sedikit, percayalah ianya tidak akan berhasil. Tidak kiralah pam manual atau pun eletrik. Yang penting selesa, dalam keadaan baik dan boleh digunakan semaksimum yang boleh.



6# PAKAIAN KHAS DAN SELESA

Pakai lah pakaian khas untuk mengepam susu seperti bra yang sesuai, baju yang selesa, kedudukan yang selesa sebelum anda memulakan sesi mengepam susu anda. Jika perlu, siapkan kain tuala kecil mahupun kertas tisu disebelah anda untuk memudahkan anda mengelap sisa2 tumpahan susu anda nanti.


7# URUT PAYUDARA SEBELUM MULAKAN SESI

Ini lagi satu tips yang ramai orang terlepas pandang, kadang2 terus sahaja pam.. terkejut badan anda tu wahai mommy2 sekalian. Kene lah bagi intro dulu. Urut2 belai2 manja dulu sebelum anda mulakan sesi untuk mengepam. Bayangkan yang best2 sahaja supaya anda mampu dapatkan hasil yang maximum. Gambar di bawah menunjukkan cara untuk urutan payudara anda. Tapi sekarang semua dah moden, mesin mengepam dan ada butang untuk urut payudara anda sebelum anda mula mengepam..



8# PAM SEAWAL JAM 6 PAGI SETIAP HARI

Kenapa kene pam awal sangat? Aduhai payah nyer nak bagun awal sebab nak pam susu... tapi tahu tak sebab apa kene pam susu awal pagi. Sebab waktu tu sunyi, tenang, aman, damai dan waktu tu la hormon prolaktin dan oksitosin tinggi.. Jadi lebih banyak hormon pada waktu mengepam lebih banyak susu terhasil. simple kan??

9# TANDEM PUMPING

Jika anda menyusukan anak anda di payudara sebelah kiri, lakukan aktiviti mengepam di payudara sebelah kanan. Ia sekali gus menjimatkan masa dan meransang susu untuk dihasilkan dengan lebih banyak.


10# POWER PUMPING


Dah pam dah, sudah!!.. Tapi macam mana anda pam? Kosong ke tidak payudara anda? Atau anda main agak2 je?? Anda boleh cuba guna teknik power pumping ni, sangat2 berkesan.. (sentiasa ingat walaupun susu yang keluar hanya setitik sewaktu sesi mengepam, lakukan jugak power pumping ni sehingga habis, jangan mengalah skip atau sewaktu dengannya).



11# PERAH DENGAN TANGAN

Cuba setelah selesai anda pam walau pun dengan apa kaedah, bila anda perah dengan tangan masih ada susu yang mampu keluar daripada payudara anda. Ini menunjukkan bahawa payudara anda masih belum kosong dan masih memproduksi susu. Perah susu anda keluar agar otak memberikan ransangan bahawa masih banyak susu yang diperlukan oleh bayi anda.


Langkah-langkah teknik memerah dengan tangan adalah seperti berikut.

  • Buat pegangan C pada payu dara. Letakkan ibu jari di sebelah atas payu dara berdekatan aerola manakala jari telunjuk di bahagian bawah payu dara (ikut petunjuk Utara dan Selatan)
  • Tekan payu dara ke belakang ke arah dalam dada.
  • Picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk selama dua saat dan lepaskan.
  • Golekkan jari seolah-olah menekan kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit.
  • Ulangi langkah ini bebrapa kali. Teruskan memicit sehingga tiada lagi susu yang keluar.
  • Tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut Timur – Barat, Tenggara – Barat Laut dan Barat Daya – Timur Laut sehingga tiada lagi titisan susu.
  • Perah setiap payu dara lima hingga sepuluh minit secara bergilir.

* Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ibu ke atas puting dan keringkan puting payu dara itu..


12# SIMPAN DENGAN SELAMAT DAN KEDAP UDARA

Pastikan anda menggunakan plastik susu yang telah tersedia di pasaran ataupun bekas yang bersih yang kering untuk menyimpan susu anda. Tandakan dengan tarikh dan masa mengepam di plastik atau pun di bekas anda menyimpan susu itu. Gunakan teknik 1st in 1st out.



13# CUCI SEGALA PERKAKAS MENGEPAM DENGAN BERSIH SELEPAS DIGUNAKAN

Alhamdulillah, selesai sudah sesi mengepam anda pada kali ini. HEP!! Pastikan anda terus membasuh perkakas mengepam anda serta merta sejurus selepas digunakan. Ini kerana apabila anda membiarkan dan melambatkan proses pembersihan ini, bakteria mudah terhasil kerana kelembapan yang ada pada
perkakas menyusu anda. Bahaya kan??


14# Kenalpasti susu badan anda

Disini saya kongsikan antara jenis susu badan dan beserta khasiat nya kepada bayi kita.. Macam mana nak dapatkan hindmilk dan foremilk yang banyak, baca sampai habis posting ini yer.. 


Alhamdulillah ini lah cara-cara yang saya amalkan sehingga ke hari ini dan ianya ternyata membuahkan hasil. Sehari maximum 70oz (jangan cakap saya tipu sebab saya terpaksa sedekahkan kat makcik sedara EBM saya dan beli deep freezer utk stock kat umah).





Selain itu saya juga mengamalkan supplement Shaklee seperti ESP, Alfafa, Letichin dan Ostrematrix untuk mengekalkan produksi susu.


Jika anda berminat untuk FREE Coaching dan mendapatkan produk Shaklee sila Whatsapp saya di no. 0176895107.





Bulan September promosi ESP, apa tunggu lagi.. Jangan lepaskan peluang anda.. 





Tuesday, March 1, 2016

COKLAT CHIP CUP CAKE PALING SENANG



Bismillah.. Tak nak cakap panjang lebar.. korang nak baca resepi je kan.. muahahahah so meh mak buyong ajarkan resepi paling senang abad ini..

COKLAT CHIP CUP CAKE

Bahan A
2 Cawan Tepung Superfine/Gandum
1 Cawan Serbuk Koko
1 tbs Soda Bikarbonat
1 tbs Baking Powder
Secubit Garam Halus

Ayak semua bahan A masuk bekas besar taw jangan kecik2 nanti payah lak nak salin2 bekas.. Ammak!!

Bahan B
2 Cawan Gula Kastor

1 Cawan Susu Segar
1 cawan minyak masak/jagung
3 biji telur gred A
3/4 cawan air suam

Campur je semua Bahan B dalam Bahan A tadi sambil kacau guna senduk kayu. Air suam je jangan masukkan lagi.. dh sebati semua baru masukkan air suam hokey.. Kacau sampai sebati.. Taraaaa dh siap.. Tak yah susah2 nak pakai mixer la bagai..

Scop kan masuk dalam Cup Cake punya cup tu sampai 3/4 penuh.. jangan penuh2 taw melimpah kang korang jawab la sendiri.. Lepas Scop kan masuk korang tabur la coklat chip tu atas dia sebanyak yang korang suka.. Bakar selama 20-30 minit suhu 175 sampai masak.. ikut kepanasan oven masing2..

Perhatian : cupcake ni jangan masak terlalu lama nanti dia kering sangat x sedap. So pepandai la agak.. Biasanya cucuk tengah2 ngan lidi dia melekat sikit2 x clear sgt lidi tu pun dh okey ikut suka korang la..

Buttercream 
125grm buttercup/butterlite (ikut suka korang la)
2 cawan gula icing (ayak)
1 tbs serbuk koko (ayak)

Cara dia pukul butter smpai putih, masukkan gula icing ngan serbuk koko pukul lagi sampai dia jadi buttercream.. siappp!! paip kan atas cupcake taburkan ngan mini coklat chip..



Mak buyong bukan apa.. kalau buat buttercream lambat jalannya.. kalau ada orang order baru la mak buyong buat.. so mak buyong yang malas ni punya fav ialah topping dengan eskremmmm.. yer eskremmm coklat ataupun strawberry ke vanilla ke suka suki korang la asalkan eskremm.. tengok dia punya pergi macam mana..

1 adunan kat atas ni leh dapat dalam 25-30 cup cake size Medium. So bila masak banyak mak buyong akan simpan dalam bekas tupperware gitew.. anak2 nak makan esok pun x der hal. Tahan seminggu kalau masak dan bakar dengan sempurna. Kalau takut la basi.. kalau mak buyong cakap.. masuk la peti sejuk.. sok masuk microwave panaskan.. 

Sekiannn selamat mencuba yer!!

KEDAI MAKAN MURAH SEDAP KAJANG



Hari ni nak review sikit kedai makan baru sedap lagi menyengat ni ha.. Landmark paling senang nak carik adalah kat Maybank Kajang.. yer kat Cendol Mamak Tokong tu blakang dia. Blakang TNB pun boleh.. Kedai no. 1 gerai MPKj tu haaa..



Haaaa tengok lauk-lauk dia.. menyelerakan.. lom lagi korang rasa.. memaang rasa macam makan kat kampung halaman sambil kene tiup angin sepoi sepoi bahasa.. yang best lagi tu x ingat tetiba dh habis waktu lunch.. parahhhhhh



 Memang kene la dengan selera tekak den ngan ramai lagi orang yang tahu merasa dan menikmati makanan yang nyaman dan sedap.. sodapppppp sehingga menjilat jari bak hang!!


 Ni nak bagi tahu... pagi dia bukak kul 7.30 dia tutup kul 4.00 petang macam tu la.. bukan je lauk2 nasi campur dia der jual, dia der jugak buat katering kalau lah opis2 korang nak order kat dia untuk meeting ke apa ker kan.. bulehhhh sangat... ada delivery lagi kat area bangi ngan kajang.. senang kerja bagi yang maleh nak keluar tu..


Lauk dia semua perhhhh.. ni salah satu.. sebab dh byk sgt pilihan dh tak tahu nak amek lauk apa.. tapi lauk2 dlm pinggan ni memang thorbaik sedap... ada pedas ada ulam ada sayur.. ada telurrr...


Jual nasi ayam pun ada.. nasi goreng ayam.. ha bab ni kadang2 dia ada kadang2 habis kadang2 x der sebab kalau banyak org order dia sempat buat brapa itu je la yang ada.. tapi sedapppppp RM5.00 jer sebungkus nasi ayam dia..


Pagi-pagi kalau dh boring minum makan benda sama leh lah try order nasi goreng kampung ni ha,, pedas.. panas2.. makan sambil ada bau yang wangi pagi2 kalau kat opis.. mau satu opis menoleh..


Mee Bandung pun adooo.. giler ke apa pagi2 makan mee bandung.. tapi apakan daya biasalah selera manusia suka berubah-rubah.. yang penting habis dan sedap... menjilat pinggan..



Nasi goreng patayya dia tengok la haaaaaa... telur dia x nipis.. tebal.. nasi dia sedap.. sos dia lebih meleleh leleh.. alahai.. lapar pulak masa type post ni..


Pokoknya memang sedap la murah dan jimat.. air suam dia kasi FREE jer nak minum bergelen gelen pun buleh musim2 panas ni..

Pagi2 dia ada jugak jual kuih selain jual nasi lemak, mee grg, bihun grg.. air panas sejuk pun ada. So apa tunggu lagi.. jom serbu.. memang thorbaik..

Wednesday, September 3, 2014

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS PETAI PALING SENANG


RESEPI SAMBAL IKAN BILIS PETAI RESEPI TURUN TEMURUN 




Hai semua, rini terasa nak share cara masak sambal ikan bilis petai terbaik dunia.. bukan la nak kata apa, tapi setiap kali open house mesti buat sambal ni atas request papa (haha papa nyer open house la, kami malas nak masak2 sebenarnya), kawan-kawan dia yang datang semua kaki makan, cina, india, singh, berbilang kaum la..

Nak dijadikan cerita sampai suruh bukakkan restoran untuk sa, adoiii tak larat lah bukan menolak tapi biasalah, sekarang nih tengah sibuk bekerja, mood nak berniaga ada tapi takut hangat2 tahi ayam busuknya.. 

Ok sa sharekan step by step cara nak masak sambal ikan bilis petai kegilaan ramai ni k..

Bahan2 yang kene ada 
1) cili kering pedas + tak pedas RM2.00 (kalau guna cili boh x sedap sebab cili boh atau cili giling x fresh)
2) bawang besar merah 6 biji
3) bawang putih 10 ulas
4) minyak masak untuk menumis
5) belacan 3inci
6) gula secukup rasa
7) garam secukup rasa
8) ajinomoto (terpulang pd individu)
9) ikan bilis kopek (digoreng)
10) petai
11) air asam jawa

Dah cukup barang2 yang disenaraikan? meh kita tengok cara2 nak masak nya pulak, sebenarnya sangat2 senang, kalau nak lagi senang masak pakai kuali non stick tu ha, leh tinggal2 lama, sekali sekala kacau, sambil2 tu leh masak benda lain.. hehehe

Cara2 nya macam ni
1) gunting2 cili kering masuk periuk, masukkan air n rebus cili tu, kenapa kene buat benda nih? sebab kita tak nak biji yang banyak yang tak elok untuk usus kita.. no no no.. 

2) toskan cili yang dah kembang dan menggelegak, buang seberapa banyak biji cili yang boleh

3) blenkan dengan 3 biji bawang besar dan 10 ulas bawang putih 
P/s : cili yang korang blend nih boleh dimasukkan dalam tupperware or tipuware dan letak dalam peti sejuk, boleh tahan selama seminggu lebih dalam peti sejuk, tak ke senang, kalau korang balik keje kuarkan cili tu tinggal tumis pakai minyak.. ni lah rahsianya... ramai org suka blen cili n bawang asing2.. bila asing2 rasanya akan jadi kureng..

4) tumiskan 3 biji bawang besar yang dihiris besar dengan belacan sampai naik bau dan belacan larut dalam minyak, then masukkan cili yang dah blen tadi..

5) masukkan garam, aji, gula, air asam jawa sikit terlebih dahulu sedikit.. kenapa?? sebab ianya akan membuatkan rasa sambal sebati dengan perasa yang anda gunakan, lepastu masakkan sambal sampai pecah minyak.. sampai warna sambal tukar jadi warna merah gelap...

6) masukkan ikan bilis goreng apabila cili telah diyakini masak dan gaulkan lagi.. kalau ikan bilis tak goreng nanti rasa dia lembik2 x sedap

7) lepas dah naik minyak lagi, dah masak sebati dan rasa semua dah cukup last sekali masukkan petai.. petai tak yah masak lama2 x sedap.. sedia dihidang.. 

Senang kan, gerenti mak mertua lalu pun tak nampak, leh makan ngan nasi lemak, ngan macam2 lagi lah, ngan roti pun boleh.. sambal nih applicable bukan sahaja utk ikan bilis tapi untuk udang, sotong, ayam dan lain2 cuma boleh kurangkan belacan dan x payah guna asam jawa..

Selamat mencuba!!

Tuesday, August 5, 2014

Bahaya Vitamin Shaklee - Healing Crisis



Healing Crisis

16 Kesan Penyembuhan Lepas Makan Shaklee

Alamak, makan Shaklee makin teruk pulak rasanya.. lain yang kita nak lain pulak yang jadinya.. kita makan untuk lain tapi dia jadi lain, ahaha brapa byk lain daaa.. Tahukah anda Shaklee sangat kompleks sehingga apabila anda makan anda akan perasan perubahan yang lain juga turut berlaku pada diri anda walhal anda tidak berniat untuknya.. Sebagai contoh, makan alfafa untuk meriahkan susu badan, but suddenly perasan ader banyak keputihan keluar, berlendir dan berbau busuk, anda mula lah panik and berhenti makan alfafa tu, dalam otak mesti dah set yang Shaklee tak sesuai untuk anda, betul tak? kan kan kan?? dulu saya pun macam tu tapi bila dah faham akan healing crisis nih saya teruskan consume dan resultnya, WOW!! satu supplement membantu pelbagai jenis penyakit, hebat kan?? Itulah sebenarnya yang dinamakan kesan penyembuhan (Healing Crisis)

Jom kita tengok senarai2 kesan penyembuhan (Healing Crisis)

Kesan Penyembuhan #1: Sakit Kepala Yang Melampau

Penyebab/Petanda: Badan mempunyai tekanan darah tinggi, Berlaku proses Menyahtoksin




Kesan Penyembuhan #2: Demam
Penyebab/Petanda: Sedang berlaku proses meningkatkan metabolisme,Meransang fungsi imunisasi badan





Kesan Penyembuhan #3: Cirit-Birit, Najis Berbau, Kencing Berbau
Penyebab/Petanda: Petanda bagi menyahtoksin, Proses menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar




Kesan Penyembuhan #4: Kembung Perut
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang lemah




Kesan Penyembuhan #5: Ruam, Kulit Gatal, Kelemumur, Keluar Lendir
Penyebab/Petanda: Fungsi Hati yang lemah, Usus besar yang tidak sihat





Kesan Penyembuhan #6: Penghasilan Lendir seperti selsema dan kahak
Penyebab/Petanda: Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda untuk menyahtoksin





Kesan Penyembuhan #7: Pendarahan Hidung
Penyebab/Petanda: Mungkin Tanda kekurangan darah





Kesan Penyembuhan #8: Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab/Petanda: Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit.





Kesan Penyembuhan #9: Peningkatan Rasa Sakit Pada Badan yang bermasalah
Penyebab/Petanda: Mempercepat proses penyembuhan





Kesan Penyembuhan #10: Tidur yang Bermasalah atau Terlalu Aktif
Penyebab/Petanda: Sistem Saraf yang lemah





Kesan Penyembuhan #11: Kitaran Haid yang Tidak Menentu, Kegatalan pada alat sulit, Keputihan yang banyak
Penyebab/Petanda: Ketidakstabilan Hormon, Proses Membetulkan semula Kitaran Hormon





Kesan Penyembuhan #12: Pendarahan Ketika Membuang Air
Penyebab/Petanda: Kemungkinan ada Buasir






Kesan Penyembuhan #13: Pening, Lapar
Penyebab/Petanda: Tekanan Darah Rendah, Anemia (kurang darah merah)





Kesan Penyembuhan #14: Loya, Sembelit, Tersedu
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang Lemah, Masalah pada hati




Kesan Penyembuhan #15: Edema (bahagian badan membengkak)
Penyebab/Petanda: Masalah Buah Pinggang




Kesan Penyembuhan #16: Lesu , Mengantuk
Penyebab/Petanda: Badan Berasid, Fungsi Hati yang Lemah, Terlalu Penat, Perlu banyak berehat


Perlukan supplement yang betul untuk badan anda? Saya Lisa, Pengedar Sah Shaklee anda, SMS/Whatsapp/Call 017-6895107, FREE CONSULTATION dari saya untuk anda.. Sama2 kita menuju kearah kesihatan yang lebih baik

Monday, July 21, 2014

WARNA AIR KENCING, PUNCA KEMUNGKINAN, TINDAKAN YANG PERLU


KESAN TAHAP KESIHATAN ANDA MELALUI WARNA AIR KENCING/URINE

Menurut Dr Mercola, Air kencing boleh mendedahkan maklumat penting tentang proses pembuangan sisa badan kita dan petunjuk tentang status kesihatan secara keseluruhan. Buah pinggang berkhidmat untuk menapis air yang berlebihan dan bahan buangan larut air dari darah, menyingkirkan toksin dan lain2 yg akan membina dan menyebabkan anda jatuh sakit. Banyak perkara seperti protein yang berlebihan, gula, bakteria dan yis melalui saliran air kencing. Jika kita sedar akan perubahan warna dan bau air kencing yang yang lain daripada kebiasaan, kemungkinan ia kesan daripada apa yang kita makan sebelumnya. Contohnya, jika kita mengambil vitamin b complex, kita dapati air kencing kita menjadi kuning daripada biasa. Jika anda mengesyaki mempunyai masalah saluran kencing, segeralah berjumpa doktor. Salah satu perkara pertama yang dia mungkin akan dilakukan ialah ujian air kencing. Ujian air kencing telah wujud selama lebih daripada 6,000 tahun da ia merupakan kaedah paling cepat untuk menilai kesihatan anda. Seperti najis, air kencing juga mempunyai perubahan warna ia bergantung kepada makanan, ubat-ubatan dan makanan tambahan yang diambil, jumlah pemgambilan air dan bagaimana aktifnya kita pada hari tersebut.



WARNA, PUNCA KEMUNGKINAN, TINDAKAN YANG PERLU

Kuning / Gold
- Warna air kencing normal.
- menunjukkan saluran kencing yang sihat.
- warna kuning akan meningkatkan bergantung kepada penghidratan.
- sesetengah vitamin B menyebabkan air kencing berwarna kuning. 

Tindakan yang perlu : Tiada

Merah / Pink
- Hematuria (darah segar dalam air kencing) yang berkaitan dengan jangkitan saluran kencing (UTI).
- batu buah pinggang, atau kanser.
- pengambilan makanan merah seperti beets, beri biru, pewarna makanan merah.
- makanan tambahan besi.
- Pepto-Bismol, Maalox, dan pelbagai ubat-ubatan yang lain. Perubahan warna mungkin menunjukkan PORPHYRIA (gangguan genetik).

Tindakan yang perlu : *** Jumpa doktor anda dengan segera jika anda mengesyaki anda mempunyai darah dalam air kencing.

Putih/ Berwarna
Penghidratan berlebihan adalah yang paling mungkin. (Lihat Cloudy)

Tindakan yang perlu : Jumpa doktor anda hanya jika kronik.

Orange
- Biasanya tanda-tanda dehidrasi.
- muncul lebih awal daripada dahaga.
- menahan air kencing terlalu lama.
- selepas senaman.
- mengambil makanan oren (lobak merah, skuasy, atau pewarna makanan).
- Pyridium dadah (phenazopyridine).
- hati atau masalah pituitari (ADH, atau hormon antidiuretic).

Tindakan yang perlu :
- Minum lebih banyak air dan tidak kelewatan kencing.
- berjumpa dengan doktor jika air kencing oren berterusan walaupun penghidratan yang mencukupi

Amber
- Lebih pekat daripada dehidrasi oren begitu teruk yang berkaitan dengan senaman sengit atau haba.
- kafein yang berlebihan atau garam.
- hematuria, pengeluaran air kencing berkurangan (atau oliguria anuria).
- masalah metabolik,
- masalah pituitari (ADH, atau hormon antidiuretic)

Tindakan yang perlu :
Jumpa doktor anda jika masalah berterusan walaupun penghidratan yang mencukupi

Brown
- Kepekatan yang sangat padat air kencing, kekeringan melampau.
- penggunaan kacang Fava
- melanuria (terlalu banyak zarah dalam air kencing.
- UTI.
- batu karang.
- tumor buah pinggang atau darah beku
- penyakit Addison.
- glycosuria.
- stenosis arteri renal.
- proteinuria.
- masalah pituitari (ADH, atau hormon antidiuretic)

Tindakan yang perlu :
Jumpa doktor anda jika masalah berterusan walaupun penghidratan yang mencukupi, terutamanya jika disertai dengan najis pucat atau kuning kulit atau mata

Black
RARE: Alkaptonuria, gangguan genetik metabolisme phenylalanine dan tyrosine ditandai dengan pengumpulan asid homogentisic dalam darah; keracunan

Tindakan yang perlu :
Jumpa doktor anda

Green
UTIs luar biasa dan makanan tertentu (seperti asparagus); vitamin berlebihan: RARE
Biasanya benign; berunding dengan doktor anda jika ia berterusan, terutamanya jika anda mempunyai sakit atau terbakar (dysuria), dan / atau kerap membuang air kecil (polyuria), yang merupakan tanda-tanda UTI

Blue
RARE: warna tiruan dalam makanan atau ubat-ubatan; bilirubin; ubat-ubatan seperti metilena biru; UTIs luar biasa
Biasanya benign; berunding dengan doktor anda jika ia berterusan, terutamanya jika anda mempunyai sakit atau terbakar (dysuria), dan / atau kerap membuang air kecil (polyuria), yang merupakan tanda-tanda UTI

Mendung
- Jangkitan saluran kencing,
- masalah buah pinggang,
- masalah metabolik, atau chyluria (cecair limfa dalam air kencing),
- phosphaturia (fosfat kristal),
- masalah pituitari (ADH, atau hormon antidiuretic)

Tindakan yang perlu :
Berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda mempunyai sakit atau terbakar (dysuria), dan / atau kerap membuang air kecil (polyuria), yang merupakan tanda-tanda UTI

Mendapan
- Proteinuria (zarah protein) atau albuminuria
- UTI.
- batu karang.

Tindakan yang perlu :
Jumpa doktor anda

Berbuih
Aliran air kencing gelora; proteinuria (sebab-sebab yang paling biasa ialah diabetes dan tekanan darah tinggi )

Tindakan yang perlu :
Jumpa doktor anda segera.



Air kencing juga mempunyai perubahan bau. Berikut adalah beberapa sebab-sebab bau air kencing boleh berubah:


Ubat-ubatan atau makanan tambahan. Keadaan genetik tertentu, seperti Maple Sirap air kencing Penyakit, yang menyebabkan air kencing bau menjijikkan manis. Makanan tertentu - terutamanya asparagus. Asparagus terkenal dengan menyebabkan bau busuk, eggy atau "cabbagy" yang terhasil daripada sebatian sulfur dipanggil methyl mercaptan (juga terdapat dalam bawang putih dan rembesan Skunk). Jangkitan air kencing. Diabetes yang tidak terkawal diketahui boleh menyebabkan air kencing berbau mempunyai manis buah-buahan. Pada masa lalu, doktor mengdiagnos penghidap diabetes dengan menuang air kencing ke dalam pasir untuk melihat jika ia sudah cukup manis untuk menarik minat serangga. BERSEGERALAH KE TANDAS JIKA RASA INGIN MEMBUANG AIR KENCING


Kekerapan membuang air kencing yang normal adalah dalam 7 hingga 8 kali sehari bergantung kepada jumlah air yang anda minum.


Peningkatan kekerapan juga boleh boleh disebabkan oleh:
1) Pundi kencing terlalu aktif (pengecutan sukarela).
2) Pengambilan kafein.
3) Jangkitan saluran kencing (uti).
4) Cystitis celahan
5) pembesaran prostat benigna.
6) Kencing manis.
7) Salah satu daripada beberapa penyakit neurologi.

Ramai yang bertanyakan saya KENAPA AIR KENCING JADI KUNING lepas consume Vitamin B Complex. Jangan risau ye, tiada apa yg bahaya. Jom saya terangkan.

Soalan agak mudah, tapi pernahkah kita terfikir mengenainya?


Vitamin B Complex terdapat dalam hampir semua set euphoria, Penyusuan, Berpantang, Kecantikan dan Kehamilan kerana ianya merupakan vitamin asas yang amat diperlukan tubuh. Vitamin B Complex Shaklee mengandungi 8 jenis vitamin B iaitu:


• B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
tenaga.*
• Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang
mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*

Warna kuning pada vitamin B Complex ialah disebabkan vitamin B2 atau digelar Riboflavin. Berikut, definisi yang saya petik dari Wikipedia


Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut. Jadi, anda tak perlu risau lagi ye jika anda lihat urin tiba- tiba bertukar menjadi kuning...Apa yang anda perlu lakukan hanyalah minum air kosong dengan lebih banyak :-)
The name "riboflavin" comes from "ribose" (the sugar whose reduced form, ribitol, forms part of its structure) and "flavin", the ring-moiety which imparts the yellow color to the oxidized molecule (from Latin flavus, "yellow"). The reduced form, which occurs in metabolism along with the oxidized form, is colorless.*

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Riboflavin

Memandangkan Vitamin B Complex ialah vitamin larut air, molekul yang berlebihan dan tidak diperlukan akan disalur keluar melalui air kencing. Jika kekurangan air, urine anda akan kelihatan kuning pekat disebabkan riboflavin tadi. Jadi, selepas mengambil B Complex, pastikan pengambilan air kosong yang banyak. InsyaAllah, warna urine akan menjadi normal