SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Why love ??

We all want to fall in love. Why?Because that experience makes us feel completely alive.Where every sense is heightened,every emotion is magnified,our everyday reality is shatteredand we are flying into the heavens.It may only last a moment, an hour, an afternoon.But that doesn't diminish its value.Because we are left with memoriesthat we treasure for the rest of our lives.

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata
Hindari Syaitan

Life to Live

Life to Live
Penenang Diri Paling Mujarab

Thursday, December 8, 2011

:: JALAN ::

"Bangun mandi, sembahyang, lepas tu pergi sekolah, kang lewat pulak", tempik mama kearah pintu billiku.. aku masih terpisat-pisat menggosok mataku.. ah, masih mengantuk dan masih mahu tidur.. nanti aku cakap lah pada mama aku sakit kepala, cirit birit. Mana cukup tidur hanya 3 jam sahaja.. Orang lain tidur 8 jam sehari.. Dengan mini skirt masih melekat di tubuh, baju yang menampakkan pusat aku terus tertidur selepas menyelinap masuk pagi tadi..

"Bangun!!!!!!, kau pekak ke apa hah?" ketukan bertalu-talu di pintu kamarku menunjukkan mama semakin berang denganku.. "Ma, orang pening kepala, tak dapat tidur semalaman, cirit birit.. tak nak pergi sekolah" jeritku pula di dalam bilik.. "Apa nak jadi ngan kau nih ha? ada sahaja alasan kau.." mama mulai berleter di luar sana tapi aku makin lama makin hanyut entah ke mana.. mengantuk yang teramat sangat.. Kugagahi untuk membuka mata, namun gagal.. Masih terbayang bayang keasyikkan menari di kelab malam tadi dengan alunan muzik kegilaanku.. 

Shawn memelukku sambil menari, aku bahagia diperlakukan begitu, kadang-kala tangannya memegang punggungku, kadangkala memelukku erat.. aku amat bahagia.. Air haram adalah air kegemaran kami. Aku tak perlu mengeluarkan satu sen pun wang ringgitku kerna semuanya di tanggung oleh Shawn.. 

Aku berkenalan dengan Shawn daripada bekas kekasihku, dan lama-kelamaan kami makin intim. Pernah aku terserempak beberapa kali dengan bekas kekasihku tetapi aku tak kisah asalkan aku kini bahagia didampingi jejaka sekacak dan setampan Shawn.. Bagiku, Shawn tahu apa yang aku inginkan dan mampu membuatkan ku tersenyum..

*********************************************************************************

Usai mandi, aku turun kebawah mencari sarapan untuk mengisi perutku yang telah mula berkeroncong..



to be continue

:: PENULISAN ::

Sejak dua menjak nih aku rindu kepada kerjaya lamaku di waktu sekolah dahulu iaitu menulis cerpen-cerpen pendek untuk tatapan kawan2..

Aku ingat lagi pada abg syazwan, senior ku masa di teknik dahulu.. mana lah agaknya dia sekarang nih yer?

Dulu dia sangat rapat denganku.. bagaikan abang dengan adik, tambahan pula waktu tue aku sekolah kat pahang..

Dia lah yang selalu support aku.. slalu refer macam2 ngan dia.. pasal kerja sekolah lah apa lah nasyid lah macam2 lagi..

I just miss him.. jangan salah anggap yer.. miss him n anggap him macam my abang jerk.. huhuhuh

Dia suka dengan hasil2 cerpenku.. ntah betul suka atau tak tue aku tak pasti.. tapi yang aku tahu dia selalu menyuarakan rasa senang bila membaca cerpen2 itu..

Last few years back rasanya aku pernah contact ngan dia, dia asyik tanya bila nak bagi dia baca cerpen2 terbaru...

tapi sekarang kami dah lost contact.. sedih.. :(

Monday, December 5, 2011

:: GERIMIS SENJA ::

Penulis   : Lisa Nur Rahezza
Tajuk     : Gerimis Senja




Tatkala ini, dudukku seorang diri melihat keluar jendela, sedari bahuku ditepuk oleh seseorang.. "hai, mana kau pergi? jauh menung nampaknya" tegur Tina, teman serumahku yang sentiasa ada di sisiku dikala suka mahupun duka.. "tak der lah jauh sangat, aku agak2 dah sampai ke marikh dah tadi " aku berseloroh menghilangkan debar di dada.. Ya, memang aku termenung sejak dari tadi, memikirkan hari mendatang yang entah cerah ataupun kelam suram tidak terkata.. Sesungguhnya kita hanya manusia biasa yang tidak mampu membaca hari akan datang..


"Ha, menung lagi, aku masih kat sini cik kak.." tegur Tina lagi.. aku mula berpaling dan berjalan menuju ke sofa kecil di ruang tamu dan lucunya Tina hanya membontotiku.. "Yang kau nih ikut aku sampai kesini nih kenapa? Buang tebiat ker apa" soalku semula kepada Tina tidak jemu mengusik dan Tina dengan muka seriusnya hanya diam tanpa kata.. Aku lihat seolah-olah dia pula yang termenung dihadapanku..


"Tadi kata orang yang termenung, tapi sekarang dia pulak.." selorohku cuba menghidupkan suasana dengan harapan Tina akan mengikut rentakku juga namun sia-sia.. Tidak pernah aku melihat Tina terlalu bermasalah seperti hari ini. Kenapakah dia bersikap begini. Pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikan olehnya.


"Tina, kau kenal aku buakn setahun dua tau, kalau ada apa-apa cerita lah jangan diam sahaja" pujukku dan aku lihat ada air jernih yang bertakung dikelopak mata Tina.. Tina terus menerpa dan mendakapku lalu menagis teresak-esak menambahkan lagi teka-teki yang memang sekian ada di dalam hatiku kini. Ya Allah, kau lindungilah kawanku ini dari malangpetaka dan anasir-anasir jahat.. Doaku didalam hati.


Akhirnya tangisan Tina reda dan ada sedikit senyuman yang terukir di bibirnya yang munggil itu. "Dah kenapa pulak ko nih Tina, tadi beriya-iya menangis nih kau ketawa pulak, pelik lah aku.. Ko jangan bukan-bukan Tina" Amaranku keras. Risau juga aku melihat keadaan Tina tatkala ini.


"Aku dah pikir masak-masak dan aku dah buat keputusan nak kawin dengan Jeff, aku nangis sebab aku gembira sangat-sangat, Eika" lancar sebaris ayat yang dituturkan oleh Tina kepadaku. Bulat biji mataku mencerlang kearahnya.. Gila ker apa budak nih.. "Itu bukan cerita duka, itu cerita suka, happy" jeritku agak tidak berpuas hati. Aku rasa seolah dipermainkan oleh Tina.


Ada sedikit perubahan di muka Tina. Aku masih dengan muka seriusku dan akhirnya ketawaku pecah juga. Tina juga turut sama ketawa dan kami berdakap seolah berkurun lamanya tidak bertemu. "Aku bahagia untuk kau, ternyata tidak sia-sia hubungan kalian selama nih" Aku bagaikan tidak percaya wanita sekasar Tina mampu jatuh cinta dan mengalirkan mutiara jernih dari kolam mata yang bening itu. Sebelum masuk tidur, aku sempat berseloroh ke arah Tina dimuka pintu kamarku, "Nampaknya aku jugak lah yang belum ada sesiapa nih.." Sambil berlalu meninggalkan Tina yang hanya menggeleng-gelengkan kepala melihatkan telatahku ini.


**********************************************************************************


"Hei, kau tak nampak atau buat-buat tak nampak ha jantan!!" jerkahku kepada lelaki itu yang tiba-tiba muncul dan terus melanggarku. Terlihat dari raut wajahnya, dia sedang gugup dikasariku. Ah persetankan semua itu. "Hello brader, kau dah langgar aku, takkan diam jer kot?? " lancang mulutku bersuara lagi pabila aku melihat lelaki itu hanya berdiam diri sambil tidak berkedip memandangku.. Aku yang geram dengan tindakan lelaki itu terus menghadiahkannya pelempang ajaibku dan aku lihat mukanya kemerahan menahan kesakitan.


Aku lantas beredar dari situ dengan hati yang sebal.. Dah kotor baju aku hari nih dengan jus avacado yang baru ku pesan tadi.. Ini semua gara-gara mamat sengal tue lah.. Aku yang menanggung padahnya.. memang bagus dia makan pelempang aku.


Dari kejauhan aku dapat melihat Tina sedang menuju kearahku dengan sengihan yang ala-ala kerang busuk dia tu. "Ooi, apa kene kau nih, muka macam ayam berak kapur, baju macam biawak tukar warna.." sambil terkekeh kekeh mengtertawakan aku. "Wah wah, sedapnya kau ketawa yer.. diam!!!!!!" tempikku sambil berlari ke arah asrama. Ada air hangat yang jatuh membasahi pipiku.. Tidak!! kenapa aku perlu menangis?? Soaku di dalam hati.. Lemahkah aku?


**********************************************************************************


Hari nih mood aku kembali seperti sediakala.. Bunyi telefon bimbit yang berdering minta di angkat.. "hello.. " sapaku lemah.. kedengaran suara si pemanggil mentertawakanku.. "Hello.. tengah buat apa tu?" soalnya..






to be continue

:: OMBAK RINDU ::


Dah lama rasanya aku tak mengupdate blog nih.. bagaikan terkubur layu jerk..

Hurm.. Bukan apa, aku terlalu sibuk dengan kehidupanku yang penuh suka dan duka ni..

Terbaru aku nak share ngan korang.. Aku g menonton Ombak Rindu di pawagam..



Cerita yang memang menyentuh tangkai hatiku.. Bagi aku, walaupun cerita sedikit di olah mengikut kesesuaian kehidupan kita seharian..

Kalau novel panjang, tetapi filem nih terpaksa lah mengikut jam yang ditetapkan.. Kebanyakkan cerita yang diolah masih tidak mencacatkan filem ini..

Bukan semua orang pernah membaca novel ini, so cerita dia boleh difahami dengan jelas oleh orang yang tak pernah baca jugak.. Walaupun x berapa detail..



Kredit kepada Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Azizah Mahzan kot nama dia, yang betul2 menjiwai watak-watak yang ada dengan jayanya.. aku suka lakonan kalian yang mantap..



Berbeza dengan cerita lagenda budak setan dahulu yang pernah jugak difilemkan.. Orang yang tak baca novel dia maybe tak berapa nak faham ceritanya..

Tapi apa pun, semua cerita ada keistimewaannya tersendiri.. So apa tunggu lagi.. Jom tengok lagi dan lagi..

Bagi yang terlupa kulit novel Ombak Rindu nih.. bolehlah tengok yang gambar nih k..


Novel nih juga ada sambungannya yang tak kurang juga hebatnya, jadi kalian boleh lah membeli tajuk2 di bawah jika masih berada di pasaran.

1. Ombak Rindu
2. Cinta Tiada Akhirnya
3. Rindu Cintaku


"Cinta perlukan pengorbanan"

Saturday, October 15, 2011

:: MIMIE LULU BT ABDULLAH ::


Hai, nama saya Mimie Lulu Bt Abdullah.. akakakaka... Ni lah buah hati pengarang jantung skarang nih.. Yer lah nak anak lambat lagi x tahu bila leh dapat...


Ngee... cuma ada satu yang aku x berkenan dengan si mimie nih, dia kuat menggigit... pantang lah tgk sesiapa jer nak disambarnya.. ader ker patut.. ish ish ish


Ada ker petua supaya dia kurang menggigit? Dan skrg selain kuat menggigit, dia sangat hyper active... ngeeeee


Sebenarnya mimie nih homeless masa budak office saya jumpa dia.. dan oleh kerana kat umah dia dh ader rabbit, so dia dah tak nak bela n offer kat saya..


Saya memang lah berminat dengan kucing n tambahan lagi si mimie nih nampak cute (masa tue).. akakakaka 


Apa pun, saya sayang mimie sangat2 macam anak saya sendiri.. banyak permainan dia, cage dia, dan mcm2 lagi lah dh saya beli untuk dia..


Semoga dia kurang menggigit lagi pas nih... Amin

:: MENG-UP-DATE ::

Dah tersangat lama rasanya tak mengupdate blog nih.. Bz the sesangat lately.. How's life? for me banyak sangat yang terjadi sehinggakan tidak tertulis..


Cuma satu, saya sedar, kita hanya manusia biasa yang tak lepas dari membuat kesilapan dan segala yang buruk datangnya dari diri kita sendiri dan yang baik datangnya daripada Allah yang satu..


Tuesday, August 16, 2011

Operation

Saat ini aku tengah berdebar-debar menunggu suami aku menjalani penbedahan tonsil.. yer pembedahan tonsil..


Seram nihh.. hehehehehe


Actually baru aku tahu hakikatnya bahawa pembedahan tonsil tue sebenarnya wajid jika ianya telah mengganggu salur penafasan kita seharian.


Bayangkan dalam masa tidur 8 jam tue, nafas kita berhenti sebanyak 87 kali.. tak ker parah tue? Aduhai...


Jadi aku just nak share ar apa aku rasa skrg walhal aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa nih..


Sekian..

Corat-Coret

Rasanya sudah cukup sebulan lamanya aku tak mengupdate blog aku nih.. yer memang.. aku sangat2 tak punya masa.. tak tahu nak curik masa tue dari mana untuk membolehkan aku mengupdate blog aku nih.. aduhai..


banyak sebenarnya benda yang berlaku dalam hidup aku sejak dua menjak nih tapi semuanya aku serahkan kepada qada' dan qadar sahaja.. 


bukan apa, malas nak menaip detail sangat.. heeeeeee


Tue je lah nak cakap n tulis.. sekian



Wednesday, July 20, 2011

:: 1st ANNYVERSARY ::

Happy 1st Anniversary Sayang!!!

Itu lah yang aku ucapkan sewaktu dia sedang drive ke hentian rawat dan rehat tapah, perak.. Yer.. Memang gila.. Dan Hanya kerana nak membelikan aku Mangga Australia tue.. Soooo sweet...

Actually aku main2 ajak ayam jerk sebab aku rasa geram bila dia balik kursus ri tue, dia beli sebiji jerk mangga tue sebab besar.. sekali makan jerk pun dh abis.. hurm.. x cukup!!!

Malam tue kami buat kerja gila g drive ke tapah, beli buah dan balik... pastu singgah kg baru jugak beli buah.. hahahaha mengong apa tah tetiba teringin makan buah jerk kerja semenjak dua menjak nih..

Memang dia bukan romatik, tapi dia kadang2 pandai mengambil hati.. walau dia bukan lemah lembut, tetapi dia sangat caring.. dan yang paling penting dia kuat makan.. HAHAHAHAHA...

Aku sayang dia, aku cinta dia.. aku rasa hidup aku lengkap dengan adanya dia.. dan kalau kami dikurniakan zuriat, ianya akan menjadi betambah lengkap tapi tue semua kerja tuhan.. apa pun aku telah lakukan yang terbaik selama setahun sebumbung dengannya..

Aku buat muffin untuk dia makan.. Seronok bila tengok dia makan dengan jayanya.. aku pun jadi kenyang tengok dia berselera macam tue..

Jadi untuk korang aku hanya titipkan gambar jerk lah nampaknya..





Sekian, sayang dia selamanya..




Saturday, July 9, 2011

:: APAM POLKADOT.. DOT DOT.. ::

Hari nih Sabtu dan seperti biasa aku x kerja ari nih.. semalam aku dah beli barang2 untuk buat apam polkadot yang aku tengok resepi dia kat sini .... So ader jugak aku tengok resepi macam mana nak buat macaron tapi x der oven daaa... Pada awalnya aku agak jakun gak tengok ada apam warna warni macam nih siap berinti sebab biasanya mak aku selalu masak apam biasa2 jerk yang sebelum makan kene gaul dengan kelapa tue.. hahaha


Serius aku tak pernah lansung tengok apam warna warni a.k.a polka dot nih... 


Ok, meh aku nak kongsi apa bahan2 dan cara2 nak buat apam warna the warni nih..


Bahan2

275gm - tepung gandum ~ ayak dengan baking powder
3biji - telur gred A
200gm - gula halus
150ml - susu segar / susu cair / susu sejat
3st - baking powder ~ ayak dengan tepung
1st - ovallete
1st - esen vanilla 
Filling / inti - ikut kesukaan masing2
Pewarna ikut kesukaan masing2

Cara2

1.Pukul telur + gula + ovallete sehingga gebu 
2.Masukkan tepung dan susu secara berselang seli sehingga habis...dan pukul pada kelajuan sederhana 
3.Masukkan esen vanilla
4.Bahagikan adunan ikut warna pilihan paling kurang pun 2 warna...
5.Tuang separuh adunan warna pilihan untuk dasar dan kemudian isikan filling / inti keatasnya 
6.Penuhkan adunan sehingga 3/4 dalam paper cup
7.Ambil adunan yg berlainan warna....masukkan dalam piping beg kemudian titikkan atau dot'kan adunan ke adunan dasar tadi...
8.Panaskan kukusan...air kukusan dah mendidih...kukus adunan dengan api sederhana dalam 10 - 15 minit
9.Siap kukus bolehlah dihidangkan.

Tips Tambahan

1.Kalau taknak letak filling pun boleh
2.Boleh gunakan perasa selain vanilla
3.Cover penutup kukusan dengan lampin atau kain




nie yang aku buat.. kaler dia x berapa nak menarik lah.. maklum lah pertama kali buat.. ahaks..

haa, t aku akan teror kan tangan aku nih untuk jadikan warna the warni macam nih.. hahahah cantik dia nih buat.. 

apa pun, segalanya terletak di tangan anda.. chewah.. janji sedap.. 

Selamat mencuba yer!!!




Thursday, July 7, 2011

:: GAME IKAN ::


Haha.. semalam akhirnya dengan bantuan seorang teman lama, aku dapat jugak download game yang aku carik-carik selama nih.. 

Aku ingat lagi dah lama dulu aku slalu main game nih di waktu-waktu senggang.. memang menyeronokkan.. boleh dikatakan aku penternak ikan berjaya lah waktu tue.. (walaupun dalam game jerk).. hahahaha


Release sgt tension bila main game nih sampai aku tak nampak jam dah menunjukkan hampir pukul 1 pagi.. ya allah.. hahahaha.. tapi korang pun patut try main game nih.. sure layan beb..


Selain korang menyelamatkan ikan-ikan ternakan korang dari dimakan dari monster yang warna kuning macam gambar kat atas tue, korang juga dapat melihat ikan-ikan pelik yang semestinya jarang dilihat di laut2 zaman kini.. ahahahaha

Jadi, meh sini aku bagi link mana nak download supaya korang jugak leh men download2 macam aku.. ngeh ngeh ngeh... 

So nak ker tak game nih? mesti korang pun nak kan? Haaa.. tekan jerk kat sini

Sekian jerk citer aku stakat nih... 



Monday, July 4, 2011

:: SUNDAY WITH LOVE ::

Setelah banyak kali aku komplen dia x der masa untuk aku akhirnya dia bersetuju bawak aku g ikea, jenjalan menghabiskan duit.. hahaha.. setibanya kami di ikea, ramai sangat orang dan perut pun dah berkeroncong.. jadi kami terus ke e-curve dulu nak tempah tiket wayang.. (walaupun aku tahu dah penuh, dan dh terlambat nak tempah tapi aku ikutkan jerk dia).. tengok2 memang penuh..dan juga kami dah lambat dari waktu tayangan..  melepas nak tengok citer nih .. 



 dan juga melepas jugak nak tengok citer nih.. 


hahah.. tamak kan nak tengok sampai dua-dua citer.. tue lah orang tua-tua ader menyebutkan pepatah orang yang tamak selalu rugi.. kan dah rugi dua-dua citer tak dapat tengok.. 


pastu ada lah angan2 nak tengok transformers 3 yang baru release tue.. hahah skali tgok malam jerk der kosong, siang nyer sumer dh full.. platinum seat pun sama penuh.. jadi terkubur lah harapan nak tengok wayang dan melihatkan wajah dia yang ketat, aku diam jerk lah....

 pastu, dia jalan lelaju menghala ker Waroeng Penyet.. (buruk kan lelaki merajuk)..


hahahah... sampai2 mood dia macam ok balik, terus kami order.. actually aku x rasa sangat nak makan.. entah kenapa selera aku seakan mati pulak waktu tue.. tapi aku order jugak lah.. teman dia makan apa salahnya.. jadi nih lah menu2 yang kami order..


nih ayam penyet.. sedap dan rangup.. best sangat2.. orang kata maksud ayam penyet tue ialah ayam gorang yang diketuk dan dipenyekkan sebelum dihidangkan.. orang lah yang cakap.. ntah betul ker tidak.. hahahha... pastu menu seterusnya..


lele penyet.. nih dia yang order.. suka jugak dia makan ikan keli nih.. bagus untuk kesihatan.. akakakak
menu seterusnya yang dia order ialah 


udang pete penyet.. eh ader ker nama penyet kat menu nih.. ah belasah lah asalkan ader penyet.. nyet nyet nyet.. ahahahaha.. dan air2 yang kami order selain nasi putih adalah seperti berikut.. 


nih es cendol dan jugak milo ais.. hahahahaha memang best bangat rasa es cendol dia.. minuman wajib kalau aku bertandang ke sana.. 


nih minuman baru.. es timun.. timun yang diorang blen campur ngan jus lemon.. memang aku x boleh nak minum sebab masam.. nih dia yang order.. pas dah makan dan dah macam dugong terdampar, kami pun beriringan ke bagunan ikea.. singgah jab kat brands outlet..


memang rambang mata bila dah masuk sini dan size jangan cakap lah melambak yang besar2.. aku apa lagi.. borong 3 helai beb.. ok.. ok.. aku dah dapat call dia dah penat tunggu.. aku pun bergegas ke banggunan ikea..


pastu dia kata dia nak duk jerk kat kerusi kat karipap kiosk tue sebab penat.. so aku jenjalan lah melilau sensorang masuk ikea tue.. (lelaki memang macam tue.. kadang2 membosankan.. ahaks)

nih lah dia barang2 yang aku sambar.. banyak jugak dan semuanya memang dah aku plan nak beli dari masa kat umah lagi.. walaupun ada jugak yang termasuk barang yang tak pernah nak plan beli pun.. ahaks.. abislah 


dia slalu marah sebab aku suka tutup semua lampu2 sebelum tido.. bukan apa aku kalau terang2 nih payah mata aku nak tido dan jugak aku nak jimat penggunaan tenaga elektrik.. so aku beli lah lampu nih RM39.90.. sesuai diletakkan dibilik tido.. hahaha malam tadi jugak kami pasang.. jangan marah..



yang nih toilet organizer.. harga dia RM39.90 jugak.. aku nak mencantikkan bilik mandi aku.. x der lah barang bersepah2 kat bawah lantai n dalam bakul.. (bakul tue dh berkhidmat dengan aku sejak aku sekolah asrama dulu lagi).. hehehe


yang nih plasma tv hangger.. aku tak plan nak beli sekarang sebab raya lambat lagi.. (haha ader kene mengena ker?).. harga dia RM49.90.. dan juga aku tak jadi beli sebab dia tak tengok cara pasangnya.. nanti tak tahu pulak nak pasang..


ha.. nih yang paling best skali.. RM3.90 jerk.. made by ikea.. hahah malam tadi aku gantungkan di dinding bilik tido aku oleh kerana jam yang lama dah pecah.. hahaha.. menepati masa adalah penting.. walaupun dia susah nak bagun pagi..

ha, yang nih adalah lack yang gantung kat dinding tue.. harga kayu dia sahaja adalah RM19.. murah kan.. pastu harga kaki dia RM2.90 satu kaki.. so total kos dia cuma 24.80.. best jugak lah sebab aku nak gantikan nih sebagai tempat aku letak perfume sumer dalah bilik tido aku.. heheh..

cermin nih pulak aku nak gantikan sebagai cermin make up dalam bilik tido aku.. hahah.. nanti aku siapkan sumer.. aku ambik gambar untuk tatapan korang k.. dh ader idea nih mcm mana nak buat..

yang nih hanya RM5.. so aku dah bercadang nak letak cili2 n bawang2 dalam peti ais p bila aku pikir balik aku rasa nak letak rerantai, gegelang dan eksesori dalam nih kan.. lagi bagus what.. hahaha.. 

ada lagi satu tue aku beli tapi x der gambar.. tempat letak pakaian kecik.. dan lain.. bekas tue kene drill kan dalam almari kita.. pastu dia macam laci leh tarik2 keluar.. barang baru dari ikea.. harga dia RM39.90 jugak.. so aku beli lah jugak.. nanti bulan depan aku beli lagi satu.. bulan depan lagi satu.. macam kaya jerk banyak duit..

Selepas tue kami pun menuju ke Hospital Ampang untuk melawat bik timah sebab sakit teruk.. harap2 dia mampu bertahan.. dah lama jugak dia sakit tue..

Hurm.. selesai tengok bik timah, kami pergi ke rumah nenek dia di lorong C9 kampung pandan.. ada kenduri baca yasin dan selepas tue pulang ke rumah untuk berehat..

Tue je lah citernyer.. sekian, habis seharian yang memenatkan dan memuaskan.. hahahha (gelak jahat)









Friday, July 1, 2011

:: CUTE JERK GAMBAR NIH ::


Kita berkawan kerana keikhlasan kita berkawan atau kita berkawan kerana terpaksa dan bila perlu jerk?

Dua keadaan yang berbeza.. Jadi marilah kita double triple confirm semula samada kita berkawan kerana keikhlasan kita dan ianya datang dari hati dan nurani kita atau pun kita berkawan hanya kerana kita perlukan kawan dan perlu gunakan kawan kita itu pada masa yang diperlukan..

Aduhai.. merepek sungguh mak cik ari nih.. Tapi terfikir pulak benda nih tetiba setelah mendengar khutbah jumaat tentang kawan dalam kereta tadi..

Kawan sejati adalah segalanya.. dan kawan sejati aku adalah Allah... 


TANYA SAMA HATI

Teringat lagu dulu-dulu yang kita suka nyanyi..

Tanya sama pokok apa sebab goyang, nanti jawab pokok angin yang goncang, tanya sama angin..... dan seterusnya..

Sama jugak dengan keadaannya sekarang, cuma perlu diubah sedikit liriknya...

Tanya sama hati, apa sebab goyah, nanti jawab hati, tanya lah iman, tanya sama iman apa sebab goyah nanti jawab iman, kurang beribadat..

Tidak dinafikan bukan saja kalian tetapi diri saya sendiri tidak terlepas dari lagu yang satu ini.. Entah kenapa kadang-kadang kita merasakan diri kita terlalu payah untuk melakukan sesuatu ibadah walhal ianya tidak pernah membebankan..

Jadi, apa sebenarnya puncanya? Nih nak kongsi, wah dah macam buat syarahan lah pulak..

Sebabnya cuma satu, diri kita sendiri, terlalu banyak alasan dan dolak dalih menyebabkan kita sengaja mengajar diri kita untuk bersikap begitu..

Saya juga tidak sempurna dan jahat tapi saya rasa tak salahkan kalau walaupun sedikit, kita cuba untuk berkongsi pendapat dan menambah ilmu di dada..


SALAM JUMAAT

Solat jumaat itu penting bagi orang yang beriman.. renung-renungkan lah dan selamat beramal.. 

Saturday, June 25, 2011

:: WARKAH BUAT ADIK ::

Hari nih aku bagun awal sebab nak kene buat banyak perkara.. Kene pergi ambik report card adik kesayangan aku kat sekolah dia dan pas tue kene terus pergi ke office siapkan banyak kerja yang tak tahu bila nak abis..

Pada mulanya aku meletakkan harapan yang tinggi agar hariku ini bertukar ceria selepas melihat result peperiksaan adikku.. tetapi aku sangat hampa sebab tengok result dia...

Hanya dia seorang adik yang aku harapkan untuk mencapai bintang di langit dan menunjukkan kepada papa yang kami mampu hidup tanpa ada dia disisi tetapi ianya hanya harapan semata-mata..

Entah kenapa air mata tidak mampu untuk kubendung.. terlerai jua.. mama jangan cakpa lah.. dia siap cakap dia dah fed up untuk cakap ngan adikku..

Wahai adik, bangkitlah.. sedarlah, kami ingin melihat kau berjaya.. kami sayangkan kau.. biarpun hakikatnya papa tiada di sisi tapi itu bukan alasan..

Adik, belajarlah bersungguh-sungguh untuk PMR tahun nie kerana ianya akan mengorak hala tuju kau dik... Jangan jadikan perbagai alasan untuk membuatkan kau malas untuk belajar.. 

Kita ada misi, iaitu untuk menjadi anak yang berjaya dalam hidup dan dapat menggembirakan mama.. bukan orang lain tapi hanya mama dik..

Akak sentiasa doakan kau berjaya, jadi bangkitlah demi menggenggam segulung ijazah ke menara gading.. semuanya untuk dirimu jua bukan untuk kami...

Dan apabila berjaya kelak janganlah kau lupakan kami, hanya itu pinta kami.. Kau lelaki, kau harus pandai dan bijak membahagikan segalanya..

Kau harus push diri kau untuk mendapatkan segulung ijazah demi mendapatkan tempat di mata dunia.. Jangan nanti menyesal di penghujung hari.. tiada gunanya lagi dik..

Akak harap keputusan kali ini dapat memberikan pengajaran pada kau dik untuk menebusnya kembali dan belajar dari kesilapan..

Kami sayangkan kau... 

Friday, June 24, 2011

:: STAR ::

Saya nak hidup mcm bintang, sentiasa berkerlip walau dalam apa jua keadaan

maaflah hanya ayat yang atas nih jer terkeluar dari minda semalam selepas tertidur di depan lappy aku yang cantik tue..

yer, kenapa aku nak hidup macam bintang.. mungkin sebab bintang tue akan sentiasa bersinar.. kalo nak ujan jerk dia x bersinar sangat..

hahahha..

Thursday, June 16, 2011

:: LAGI RAHSIA TARIKH LAHIR ::

1.        Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang
tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan.
Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu
dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang
ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi
segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan
persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah
persahabatan yang telah terjalin lama.

2.        Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan
dia lebih suka tinggal di rumah.
Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia
paling benci jika cintanya ditolak
atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu
bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam
bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah
sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang
mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3.        Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir
pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan
hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur &
ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan
pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4.        Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan
mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak
yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata
keranjang dan suka bertukar-tukar partner.
Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia
sering bersifat dingin kepada orang lain
kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia
memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan
kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5.        Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan
punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang
berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu
selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh
pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar
pasangan.

6.        Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran
dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia
ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga
dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu
menolak kebaikannya.


7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah
sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya
sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-
hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah
meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut &
bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang
terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir
mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan
selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam
urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-
citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan
orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam
menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat
setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu.
Kalau baik dia sangat baik dan kalau
jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap
orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan
berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan
penampilannya.Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana
bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam
pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk
dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia
tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu.
Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah.
Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang
menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi
perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya
disenangi oleh kawan-kawan
.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana
kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman
dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka
merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain.
Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan
seniman asmara.