SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Why love ??

We all want to fall in love. Why?Because that experience makes us feel completely alive.Where every sense is heightened,every emotion is magnified,our everyday reality is shatteredand we are flying into the heavens.It may only last a moment, an hour, an afternoon.But that doesn't diminish its value.Because we are left with memoriesthat we treasure for the rest of our lives.

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata
Hindari Syaitan

Life to Live

Life to Live
Penenang Diri Paling Mujarab

Saturday, June 25, 2011

:: WARKAH BUAT ADIK ::

Hari nih aku bagun awal sebab nak kene buat banyak perkara.. Kene pergi ambik report card adik kesayangan aku kat sekolah dia dan pas tue kene terus pergi ke office siapkan banyak kerja yang tak tahu bila nak abis..

Pada mulanya aku meletakkan harapan yang tinggi agar hariku ini bertukar ceria selepas melihat result peperiksaan adikku.. tetapi aku sangat hampa sebab tengok result dia...

Hanya dia seorang adik yang aku harapkan untuk mencapai bintang di langit dan menunjukkan kepada papa yang kami mampu hidup tanpa ada dia disisi tetapi ianya hanya harapan semata-mata..

Entah kenapa air mata tidak mampu untuk kubendung.. terlerai jua.. mama jangan cakpa lah.. dia siap cakap dia dah fed up untuk cakap ngan adikku..

Wahai adik, bangkitlah.. sedarlah, kami ingin melihat kau berjaya.. kami sayangkan kau.. biarpun hakikatnya papa tiada di sisi tapi itu bukan alasan..

Adik, belajarlah bersungguh-sungguh untuk PMR tahun nie kerana ianya akan mengorak hala tuju kau dik... Jangan jadikan perbagai alasan untuk membuatkan kau malas untuk belajar.. 

Kita ada misi, iaitu untuk menjadi anak yang berjaya dalam hidup dan dapat menggembirakan mama.. bukan orang lain tapi hanya mama dik..

Akak sentiasa doakan kau berjaya, jadi bangkitlah demi menggenggam segulung ijazah ke menara gading.. semuanya untuk dirimu jua bukan untuk kami...

Dan apabila berjaya kelak janganlah kau lupakan kami, hanya itu pinta kami.. Kau lelaki, kau harus pandai dan bijak membahagikan segalanya..

Kau harus push diri kau untuk mendapatkan segulung ijazah demi mendapatkan tempat di mata dunia.. Jangan nanti menyesal di penghujung hari.. tiada gunanya lagi dik..

Akak harap keputusan kali ini dapat memberikan pengajaran pada kau dik untuk menebusnya kembali dan belajar dari kesilapan..

Kami sayangkan kau... 

No comments:

Post a Comment