Monday, June 30, 2014
RESEPI NASI AYAM HAINAN SIMPLE & SENANG
RESEPI MASAK LEMAK PALING SENANG
Tips dari mamaku, dia kata masak nih x payah nak sukat2 bape sudu la bpe batang la bape gram la sebab bila sukat nanti jadi tak sedap, bila hati ikhlas just sukat guna perasaan je mesti jadi sedap sebab tu den x pandai nak sukat2, baling2 je dah siap.. Selamat mencuba!!
Friday, June 27, 2014
CEPAT KURUS
Siapa yang tak nak kurus kan? Kita sering dihantui dengan rasa pelbagai bila berat badan menjadi masalah kepada kita tak kira la lelaki ke perempuan. Tahukah anda kenapa kita kurang berjaya bila nak kurus? Senang je sebab kita selalu guna ayat NANTI tunggu minggu depan, NANTI tunggu itu, NANTI tunggu ini..
Hep!!! Babap dia NANTI.. ahahaha.. sebab tu lah asyik nanti itu nanti ini.. ada lagi ayat yang selalu korang guna untuk nanti tu, NANTI tak selamat, NANTI ada bahan kimia, NANTI beli je mahal-mahal (walaupun murah je beli) tapi x berhasil, bape banyak NANTI daaaaa....
Sebab tu kene buang perkataan NANTI ni dalam diri kita, walau bukan untuk kurus sekali pun, untuk apa-apa pekerjaan skali pun lah sebab dia VIRUS!!! ninot ninot ninot virus detected.. wakakakakaka
Oklah, sekarang saya nak kongsikan pengalaman sendiri KURUS 15KG dalam masa 2 BULAN SAHAJA!! Wow, mesti nak tau apa rahsianya kan..
Apa yang saya makan waktu? Haaaa, saya dulu mcm korang jugak, percaya ngan tidak je sebab nyer dah banyak kali cuba banyak produk dr harga ringgit sampai ribu tapi tak berhasil tapi nak dijadikan cerita susu merundum tak tahu dah cuba smua tp tak berhasil last2 cuba jugak lah set shaklee nih.. Alhamdulillah bukan susu je banyak mencurah2 tapi dapat KURUS wooooo!!!! TERBAIK!!
ESP yang mempunyai 1001 manfaat untuk kita |
Sunday, June 22, 2014
Hakikat Kehidupan -Part 2
Kebelakangan ini, diri ini sering disalah erti.. terkadang aku duduk termanggu sendiri.. segala perilaku ku salah dimatanya.. ya, mungkin benar aku salah.. tetapi tidakkah kau terfikir bahawa jika aku salah, teguran sebagaimana yang seharusnya diberikan? Adakah caci maki x kira tenpat dan masa?
Kenapa aku yang hidup sebegini.. melihat teman2 seangkatan mahupun lebih muda dariku hidup bahagia aman damai disamping suami tersayang membuat aku cemburu.. mengapa tidak aku juga mendapatkan yang sama.. persoalan hari ini penuh dengan pertanyaan.. aku menjadi bukan diriku buat seketika..
Aku terfikir yang aku tidak layak untuk didampingi.. aku hanya mampu untuj disakiti orang yang aku sayangi.. dan aku, hidup bernafas hari ini hanya untuk sebuah penderitaan.. tidakkah terfikir sang suami hidup kami telah banyak dibantu orang sekeliling sehingga kami tidak merasa kesusahan yang teramat? Tidakkah dia terfikir bahawa ibu bapaku masih memainkan peranan membantuku semampu mereka supaya tidak kita sekeluarga merasa kesusahan?
Terfikirkah dek akalmu jasa2 mereka dalam sedar nahupun tidak? Pernahkah kau ikhlas menuturkan setiap ucapan terima kasihmu pada mereka walaupun mereka tidak melahirkan kau kedunia ini? Suami adalah orang yang paling kita harapkan di dunia ini.. jika suami juga tidak boleh diharap lagi, apalah lagi yang tinggal..
Buat suamiku, janganlah kau bermegah kerana semua orang mengenalimu kerana ianya tidak memberi apa2 makna akhirat kepadamu, suamiku, sedar lah bahawa panas baran yang ada padamu hanya akan membunuh seluruh keluargamu kelak, suamiku, sentiasa fikirkan kita adalah apa yang kita inginkan bukannya sebaliknya.. Suamiku, andai bisa kupohon dari Allah untuk ambil nyawa siapa antara kita, akan kutawarkan diriku pengganti dirimu.. Suamiku sedarlah langit tak sentiasa cerah.. ubahlah lakumu moga berkat kehidupan kita..
Tuesday, June 17, 2014
KURUS DENGAN CEPAT DAN MUDAH
Kawan-kawan, nak share benda bagus nih.. Hehe, alang2 lama dah tak menghapdate blog kiter nih.. Meh nak share, klo kat atas nih testimoni orang lain kan, kat bawah nih testimoni diri saya sendiri hokey..
15 Kilo tue.. Hehehe Alhamdulillah, tak perlu nak susah sangat berdiet bagai, hanya konsisten mengamalkan produk Shaklee, ternyata bagus dan berkesan pada saya dan ramai lagi, sekarang pun tengah dok guide beberapa customer mudah2an akan ader testimoni lagi pada masa 1-2 bulan nih..
Nak badan kurus sempena bulan puasa dan hari raya nih? Bulan puasa lagi senang nak kurus tau.. hiyahhhh!! Kalau anda tak bantu diri anda siapa lagi nak bantu??? Kan kan..
So nak dapatkan Consultation FREE, nak tau produk2 yang sepatutnya diambil dan harga2 yang berpatutan, bolehlah sms/whatsapp/wechat saya di 017-689 5107..
Tetiba upload muka sendiri, alhamdulillah bukan dapat kurus jer, dapat kulit yang cantik berseri mulus dan gebus tau anda2 semua.. Jujur saya hanya gunakan bedak jenama Silky Gurl yg nipis, lipstik, eyeshadow dan celak.. tiada bahan lain digunakan.. hehehehhe..
Cepat sms/whatsapp/wechat saya di 017-689 5107
Hakikat Kehidupan -Part 1 (semoga menjadi iktibar kepada semua)
Semalam, genaplah usia kandunganku 21 minggu, tiada apa yang dapat menggambarkan perasaanku kini. Gembira dengan anugerah Allah yang satu ini. Walhal dahulunya begitu perit untuk aku dapatkan zuriat penyambung warisan sehingga ada yang menganggap akulah punca dari kepincangan aku mendapatkan zuriat pada waktu itu.
Aku redha setiap hari dengan ujian demi ujian yang datang, aku pasrah. Bahagia ku hanya terletak pada senyuman orang-orang disekelilingku. Aku? Mungkin aku tidak perlukan bahagia kerana bahagia yang benar-benar bahagia dalam difinasi yang sepatutnya tidak pernah aku nikmati dalam hidup. Tidak mengapalah, mungkin Allah tetap mahu menguji sejauh mana tahap kesabaran, keredhaan dan penerimaan ku terhadap semua ini.
Apa yang diharapkan oleh setiap ibu yang mengandung? Dibelai dimanja, dikasihi dan dihormati, dibantu atas segala tugas yang terpaksa dipikulnya. Aku bersyukur mempunyai seorang suami yang sangat rajin mencari nafkah keluarga. Terkadang aku kasihan kepadanya, tidak cukup rehat apabila siang malam bekerja seharian demi sebuah keluarga.
Apa lagi yang harus aku kesalkan? Mempunyai seorang suami seperti dia? Suamiku sangat hardworking tapi terkadang dia lupa, bagaimana caranya berbual mesra dengan insan yang bernama isteri. Terkadang dia terlupa bagaimana berlemah lembut menjawab dan mendidik isteri. Terkadang dia lupa bagaimana menghargai dan menyanjung isteri atas segala pengorbanan yang telah isteri lakukan untuknya. Terkadang dia lupa bahawa dia punya keluarga yang menyayangi dia sepenuh hati.
Ya, aku tidak pernah menyalahkan dia 100% dalam segala yang berlaku, mungkin dia juga kepenatan melengkapkan keperluan hidup sampai tidak perasan perkara ini. Atau mungkin dia merasakan perkara ini adalah perkara kecil baginya kerana keutamaanya adalah mencari nafkah untuk keluarga.
Terkadang terdetik di hati kecil ini, sabar lah wahai hati. Kau seorang wanita yang kuat menempuh onak yang berduri. Tidak mendapat apa-apa di dunia mungkin Allah akan memberikannya di akhirat kelak. Mungkin. Kita tidak pernah mampu menduga Allah yang satu. Hanya Dia yang maha mengetahui segala perancangan di dunia dan di akhirat.
Cuma aku harapkan sedikit ruang untuk aku merasa bahagia seperti pasangan lain, sedikit ruang untuk aku bernafas kerana bukan mudah menjadi wanita bekerjaya dan dalam masa yang sama suri rumah yang mempunyai anak kecil berusia 9 bulan dan kini mengandung 21minggu. Cabaran yang datang bukan calang-calang bagiku. Hanya aku mampu tabah menghadapi segalanya kerana bagiku walau apa pun yang datang, pastinya dari Allah kerana Dia ingin menguji hambanya yang hina ini.