Warna warni kan, tapi saya x jual tupperware, saya beli jer saya jual Shaklee.. hehehehe Ok sekarang kerajinan melanda nak bagi korang banyak resepi so sila lah salin yer RESEPI NASI AYAM HAINAN SIMPLE DAN SENANG
Bahan-bahan Sup
1 - Ayam sekor potong 8
2- Air
3 - kiub Pati ayam Knor
4 - Garam
5 - Halia
Cara2 buat sup
1- Masukkan ayam dan air, hirisan halia, kiub, garam dalam periuk dan pasangkan api, lebihkan sup untuk masak nasi guna sup yang sama dan renehkan
2 - Bila sup dah menggelegak, ayam dah masak keluarkan ayam dan tapiskan, sup siap!!
Bahan2 Nasi
1- Beras basuh dan toskan
2- Sup ayam yang dah masak tadi
3- Hirisan halia
4- Sedikit serbuk kunyit / planta (sebagai pewarna) jangan kuning sgt, biar kuning air je
Cara2 Masak Nasi
1- Masukkan beras dalam rice cooker dan sup ikut sukatan nasi macam biasa, kalau suka nasi berderai kurangkan sikit air nya dalam 1/2 cawan, masukkan halia dan serbuk kunyit, kacau kalau rasa warna dah puas hati tutup periuk dan tekan COOK.
2- Bila dah kering nasi tu kacau skali lagi dan tutup periuk tu, biar dia masak sendiri, siap!!
Bahan2 Ayam
(atau kalau malas Just potong je ayam yang dah masak tu then taburkan ngan kicap, jadi lah ayam steam)
1- Kicap tamin pun boleh, kicap cair pun boleh
2- ayam yang dah masak tadi
Cara Masak Ayam
1- Gaulkan ayam ngan kicap then gorengkan sampai perang luarannya then angkat
2- Ketuk atas papan pemotong then potong lah ikut suka nak besar mana, ayam siap!!
Bahan2 Kicap
1- Kicap tamin
2- Minyak bijan (kalau x letak pn x apa)
3- Sedikit air sup yg dh masak tadi
Cara2 Buat Kicapnya
1- tuang kicap dalam mangkuk, minyak bijan then letak sup supaya kicap x pekat sangat dan sedang elok utk kuahkan dengan ayam, siap!!
Bahan2 cili
1 - cili masak 2 batang
2 - cili api 6 batang
3 - air asam limau nipis
4- Air sup
Cara2nya
1 - blen je smua bahan di atas, siap!!
Senang je kan, haaa, apa tunggu lagi.. bleh lah dihidangkan dengan timun n salad, mak jemah paling suka masak nasi ayam nih sebab paling senang dan jimat masa, smua org kata susah tapi klo ikut step by step senang giler dowhhh..
Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment