Alhamdulillah, masih terngiang-ngiang di telingaku lafaz " AKU TERIMA NIKAHNYA .......... DENGAN MAS KAHWINNYA ..................... TUNAI".. tatkala itu seluruh mata tertumpu kepada suamiku yang dengan tenang dan lancar menyebutkan lafaz sehidup semati itu dan bermulalah kisah hidup kami sebagai suami isteri.
Siapa kata dalam alam perkahwinan ini semuanya indah2 belaka? Banyak yang tak indah dari yang indah sebenarnya. Bergantung kepada kita bagaimana untuk kita sendiri melayari bahtera rumahtangga. Ya, diri ini sendiri mengaku yang kami banyak kekurangan dan kekilafan selama 4 tahun hidup bersama, (tak campur masa bercinta dan berkawan yer), rasa macam baru jer lagi..
Selepas berkahwin kami diuji dengan dugaan yang pelbagai, hampir saya masjid yang kami pacakkan tiang ini roboh tetapi mungkin Allah masih berkehendak, dinding yang hanpir runtuh itu kami baiki semula, kami cantikkan semula dengan usaha dan tawakal serta doa pada Allah.
3 tahun juga menyulam cinta sebagai suami isteri yang sah, kami tidak dikurniakan cahaya mata, tapi kami tetap berusaha dan berserah kepada Allah, kami berdua yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, mungkin Allah nak kami stabil dulu dari segala segi, maksudnya kewangan dan sebagainya lah.
Jadi nasihat saya pada mereka yang belum menerima zuriat hadiah pemberian Allah, usaha doa dan tawakal yer semua.. chewahhh..
Memori antara kita akan tetap tersemat dalam hati dan kepala otak ni, hanya kalau dah dijemput Allah wallahualam lah kan.. apa pun sentiasalah berfikiran positif dan cuba untuk banyakkan bersabar dalam alam rumahtangga... KUNCI nya sabarrrr..
Pejam celik tak sangka dah 4 tahun kita bersama dan dah ada 1 anak Muhammad Na'il Rafa dan bakal ada sorang lagi anak, Insyaallah akhir bulan Oktober nanti.. Tulah yang dinamakan rezeki yang tidak kita ketahui, bila tak der, stress x der anak, bila dah ader berderet HAMEK kau.. hehehehe
Apa pun saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya sekarang, bersederhana, tidak kaya dan tidak miskin cukup makan pakai, cukup segalanya, terima kasih Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Kepada En Suami, ayang nak abang tahu yang tiada apa yang membahagiakan ayang sekarang jika dibandingakan dengan dahulu.. Rumahtangga terasa lengkap. Alhamdullillah, terima kasih kerana menjadi suami dan daddy kenapa anak2 kita..
Love, Lisa
No comments:
Post a Comment