SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Why love ??

We all want to fall in love. Why?Because that experience makes us feel completely alive.Where every sense is heightened,every emotion is magnified,our everyday reality is shatteredand we are flying into the heavens.It may only last a moment, an hour, an afternoon.But that doesn't diminish its value.Because we are left with memoriesthat we treasure for the rest of our lives.

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata
Hindari Syaitan

Life to Live

Life to Live
Penenang Diri Paling Mujarab

Friday, June 27, 2014

CEPAT KURUS


     Siapa yang tak nak kurus kan? Kita sering dihantui dengan rasa pelbagai bila berat badan menjadi masalah kepada kita tak kira la lelaki ke perempuan. Tahukah anda kenapa kita kurang berjaya bila nak kurus? Senang je sebab kita selalu guna ayat NANTI tunggu minggu depan, NANTI tunggu itu, NANTI tunggu ini..

      Hep!!! Babap dia NANTI.. ahahaha.. sebab tu lah asyik nanti itu nanti ini.. ada lagi ayat yang selalu korang guna untuk nanti tu, NANTI tak selamat, NANTI ada bahan kimia, NANTI beli je mahal-mahal (walaupun murah je beli) tapi x berhasil, bape banyak NANTI daaaaa....

     Sebab tu kene buang perkataan NANTI ni dalam diri kita, walau bukan untuk kurus sekali pun, untuk apa-apa pekerjaan skali pun lah sebab dia VIRUS!!! ninot ninot ninot virus detected.. wakakakakaka

     Oklah, sekarang saya nak kongsikan pengalaman sendiri KURUS 15KG dalam masa 2 BULAN SAHAJA!! Wow, mesti nak tau apa rahsianya kan..





     Citer banyak x nak lah tengok sendiri print screen saya sendiri and testimoni diri saya sendirik nih.. muahahahahaha.. Rahsianya, haaa saya makan Vitamin Shaklee.. Culas2 gak kadang2 tapi hasil tetap TERBAIK!! Sangat teruja nak kongsi ngan semua..

     Apa yang saya makan waktu? Haaaa, saya dulu mcm korang jugak, percaya ngan tidak je sebab nyer dah banyak kali cuba banyak produk dr harga ringgit sampai ribu tapi tak berhasil tapi nak dijadikan cerita susu merundum tak tahu dah cuba smua tp tak berhasil last2 cuba jugak lah set shaklee nih.. Alhamdulillah bukan susu je banyak mencurah2 tapi dapat KURUS wooooo!!!! TERBAIK!!

     Tak nak citer banyak lagi, meh tgk gambar penghasilan susu waktu amek Shaklee nih.. Taraaaaaaaaa



     Meriah kannn? Leh wat stock berbulan-bulan walaupun bagi direct breastfeed dalam masa yang sama, dan badan turun dengan cepat? Senaman dan diet tak der saya buat pada waktu tu? Control makan? Lagi lah saya tak buat waktu tu sebab saya bedal je semua dan makan banyak.. Sebab mama saya cakap kalo tak makan banyak nanti susu x der.. kuang3x.. 

      Berikut adalah antara jenis2 yang saya ambil untuk KURUS, sangat2 budget dan jimatttt.. hoyehhh!! Shaklee nih ada banyak set dan bergantung pada BMI seseorang, so sebelum nak makan 


ESP yang mempunyai 1001 manfaat untuk kita




     Shaklee ada banyak set sebenarnya, tapi seeloknya bertanya dulu sebelum beli.. Nak dapatkan HARGA AHLI? Nak dapatkan FREE CONSULTATION? nak dapatkan atau tidak? Nak TANYA2 jer dulu pun boleh, just SMS/Whatsapp saya LISA - 017-6895107 atau boleh add LISA

     Entry selepas nih saya akan huraikan yer jenis2 dan kegunaan setiap satu.. Tunggu!!

Sunday, June 22, 2014

Hakikat Kehidupan -Part 2

     Kebelakangan ini, diri ini sering disalah erti.. terkadang aku duduk termanggu sendiri.. segala perilaku ku salah dimatanya.. ya, mungkin benar aku salah.. tetapi tidakkah kau terfikir bahawa jika aku salah, teguran sebagaimana yang seharusnya diberikan? Adakah caci maki x kira tenpat dan masa?

     Kenapa aku yang hidup sebegini.. melihat teman2 seangkatan mahupun lebih muda dariku hidup bahagia aman damai disamping suami tersayang membuat aku cemburu.. mengapa tidak aku juga mendapatkan yang sama.. persoalan hari ini penuh dengan pertanyaan.. aku menjadi bukan diriku buat seketika..

     Aku terfikir yang aku tidak layak untuk didampingi.. aku hanya mampu untuj disakiti orang yang aku sayangi.. dan aku, hidup bernafas hari ini hanya untuk sebuah penderitaan.. tidakkah terfikir sang suami hidup kami telah banyak dibantu orang sekeliling sehingga kami tidak merasa kesusahan yang teramat? Tidakkah dia terfikir bahawa ibu bapaku masih memainkan peranan membantuku semampu mereka supaya tidak kita sekeluarga merasa kesusahan?

     Terfikirkah dek akalmu jasa2 mereka dalam sedar nahupun tidak? Pernahkah kau ikhlas menuturkan setiap ucapan terima kasihmu pada mereka walaupun mereka tidak melahirkan kau kedunia ini? Suami adalah orang yang paling kita harapkan di dunia ini.. jika suami juga tidak boleh diharap lagi, apalah lagi yang tinggal..

     Buat suamiku, janganlah kau bermegah kerana semua orang mengenalimu kerana ianya tidak memberi apa2 makna akhirat kepadamu, suamiku, sedar lah bahawa panas baran yang ada padamu hanya akan membunuh seluruh keluargamu kelak, suamiku, sentiasa fikirkan kita adalah apa yang kita inginkan bukannya sebaliknya.. Suamiku, andai bisa kupohon dari Allah untuk ambil nyawa siapa antara kita, akan kutawarkan diriku pengganti dirimu.. Suamiku sedarlah langit tak sentiasa cerah.. ubahlah lakumu moga berkat kehidupan kita..

Tuesday, June 17, 2014

KURUS DENGAN CEPAT DAN MUDAH


 Kawan-kawan, nak share benda bagus nih.. Hehe, alang2 lama dah tak menghapdate blog kiter nih.. Meh nak share, klo kat atas nih testimoni orang lain kan, kat bawah nih testimoni diri saya sendiri hokey.. 




Dalam masa 2 bulan saya berjaya turun dari berat 105 Kg kepada 90Kg?????
15 Kilo tue.. Hehehe Alhamdulillah, tak perlu nak susah sangat berdiet bagai, hanya konsisten mengamalkan produk Shaklee, ternyata bagus dan berkesan pada saya dan ramai lagi, sekarang pun tengah dok guide beberapa customer mudah2an akan ader testimoni lagi pada masa 1-2 bulan nih..

Nak badan kurus sempena bulan puasa dan hari raya nih? Bulan puasa lagi senang nak kurus tau.. hiyahhhh!! Kalau anda tak bantu diri anda siapa lagi nak bantu??? Kan kan..

So nak dapatkan Consultation FREE, nak tau produk2 yang sepatutnya diambil dan harga2 yang berpatutan, bolehlah sms/whatsapp/wechat saya di 017-689 5107..

Insyaallah saya akan guide sebaik mungkin sekali dengan kata2 semangat dan motivasi untuk anda berjaya mencapai apa yang anda inginkan. 



Tetiba upload muka sendiri, alhamdulillah bukan dapat kurus jer, dapat kulit yang cantik berseri mulus dan gebus tau anda2 semua.. Jujur saya hanya gunakan bedak jenama Silky Gurl yg nipis, lipstik, eyeshadow dan celak.. tiada bahan lain digunakan.. hehehehhe..

Cepat sms/whatsapp/wechat saya di 017-689 5107
(FREE CONSULTATION)
Pengedar Sah Shaklee




Hakikat Kehidupan -Part 1 (semoga menjadi iktibar kepada semua)

   


      Semalam, genaplah usia kandunganku 21 minggu, tiada apa yang dapat menggambarkan perasaanku kini. Gembira dengan anugerah Allah yang satu ini. Walhal dahulunya begitu perit untuk aku dapatkan zuriat penyambung warisan sehingga ada yang menganggap akulah punca dari kepincangan aku mendapatkan zuriat pada waktu itu.

     Aku redha setiap hari dengan ujian demi ujian yang datang, aku pasrah. Bahagia ku hanya terletak pada senyuman orang-orang disekelilingku. Aku? Mungkin aku tidak perlukan bahagia kerana bahagia yang benar-benar bahagia dalam difinasi yang sepatutnya tidak pernah aku nikmati dalam hidup. Tidak mengapalah, mungkin Allah tetap mahu menguji sejauh mana tahap kesabaran, keredhaan dan penerimaan ku terhadap semua ini.

     Apa yang diharapkan oleh setiap ibu yang mengandung? Dibelai dimanja, dikasihi dan dihormati, dibantu atas segala tugas yang terpaksa dipikulnya. Aku bersyukur mempunyai seorang suami yang sangat rajin mencari nafkah keluarga. Terkadang aku kasihan kepadanya, tidak cukup rehat apabila siang malam bekerja seharian demi sebuah keluarga.

    Apa lagi yang harus aku kesalkan? Mempunyai seorang suami seperti dia? Suamiku sangat hardworking tapi terkadang dia lupa, bagaimana caranya berbual mesra dengan insan yang bernama isteri. Terkadang dia terlupa bagaimana berlemah lembut menjawab dan mendidik isteri. Terkadang dia lupa bagaimana menghargai dan menyanjung isteri atas segala pengorbanan yang telah isteri lakukan untuknya. Terkadang dia lupa bahawa dia punya keluarga yang menyayangi dia sepenuh hati.

     Ya, aku tidak pernah menyalahkan dia 100% dalam segala yang berlaku, mungkin dia juga kepenatan melengkapkan keperluan hidup sampai tidak perasan perkara ini. Atau mungkin dia merasakan perkara ini adalah perkara kecil baginya kerana keutamaanya adalah mencari nafkah untuk keluarga.

     Terkadang terdetik di hati kecil ini, sabar lah wahai hati. Kau seorang wanita yang kuat menempuh onak yang berduri. Tidak mendapat apa-apa di dunia mungkin Allah akan memberikannya di akhirat kelak. Mungkin. Kita tidak pernah mampu menduga Allah yang satu. Hanya Dia yang maha mengetahui segala perancangan di dunia dan di akhirat.

     Cuma aku harapkan sedikit ruang untuk aku merasa bahagia seperti pasangan lain, sedikit ruang untuk aku bernafas kerana bukan mudah menjadi wanita bekerjaya dan dalam masa yang sama suri rumah yang mempunyai anak kecil berusia 9 bulan dan kini mengandung 21minggu. Cabaran yang datang bukan calang-calang bagiku. Hanya aku mampu tabah menghadapi segalanya kerana bagiku walau apa pun yang datang, pastinya dari Allah kerana Dia ingin menguji hambanya yang hina ini.

Tuesday, December 10, 2013

Pati Rojak Buah & Sengkuang Calit

Suka makan rojak buah & sengkuang calit tapi x de masa nak buah kuah rojak atau tak reti nak buat kuah rojak yang sedap?

Kini saya ada untuk membantu.. pati kuah rojak yang pekat dan sedap menyengat.. gerenti puas hati

Hanya perlu potong2 buah2an dan gaul.. siap dimakan.. utk sengkuang calit hanya perlu calit pada sengkuang yg dah dipotong dan siapppp...

Harga? RM5.00 sahaja sebekas.. jangan tak percaya.. sebekas ni anda boleh buat dekat 10 mangkuk rojak buah utk 10 orang makan.... banyak kan..

Pati yang memang sangat2 pekat hingga anda hanya perlu guna sedikit sahaja untuk semangkuk buah.. kacang? Kacang telah tersedia dalam kuah tersebut so x perlu lg bersusah payah nak goreng kacang nak tumbuk bagai..

Bagi peniaga/pemborong/nak buat party/majlis kenduri kahwin/doa selamat atau apa2 event juga dialu-alukan.. kita kira per/kg..

Jadi jangan tunggu lama2.. gerenti sedap dan puas hati..

Untuk tempahan sila sms/whatsapp 0176895107

Aura White Murah!!

Salam..

Korang mesti dah tau pasal produk Aura White yang ngah digilai ramai tu kan..

Ok nak share kat korang.. skrg korg leh dapatkan produk aura white dgn harga murah..

Free shaker
Free serum muka aura white
Free postage

Yer betul.. jadi jangan lepaskan peluang keemasan ni yer..

Normal price RM150 tapi nak dapatkan best price? Senang sahaja just sms/whatsapp ke 0176895107.

Aura white ternyata berkesan.. 

Ramai dah cuba anda bila lagi??

Sunday, December 8, 2013

Alhamdulillah.. Subhanallah..

Alhamdulillah.. Allahhuakbar.. Subahannallah..

Itu lah ayat yang mampu keluar dari bibir ni tatkala lahirnya baby comel seberat 3.05kg tepat pada jam 2.24pagi waktu tempatan..

Tarikh 19.09.13 adalah tarikh keramat bagi aku dan suami ku.. dan Alhamdulillah proses bersalin lancar dan pintu bukak dengan cepat dan jayanya sampai aku x sempat pon minum air selusuh..

Berkat doa semua.. terima kasih Ya Allah.. dan terima kasih pada yg mendoakan aku..

Disini aku kongsikan gambar putera sulungku yang telah kunantikan selama 3Tahun!!

Muhammad Na'il Rafa Bin Riduan

Semoga menjadi anak yang soleh dan membimbing mummy daddy ke syurga insyaallah..