SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Why love ??

We all want to fall in love. Why?Because that experience makes us feel completely alive.Where every sense is heightened,every emotion is magnified,our everyday reality is shatteredand we are flying into the heavens.It may only last a moment, an hour, an afternoon.But that doesn't diminish its value.Because we are left with memoriesthat we treasure for the rest of our lives.

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata

Semuanya Indah dari sudut pandangan semata-mata
Hindari Syaitan

Life to Live

Life to Live
Penenang Diri Paling Mujarab

Tuesday, June 17, 2014

Hakikat Kehidupan -Part 1 (semoga menjadi iktibar kepada semua)

   


      Semalam, genaplah usia kandunganku 21 minggu, tiada apa yang dapat menggambarkan perasaanku kini. Gembira dengan anugerah Allah yang satu ini. Walhal dahulunya begitu perit untuk aku dapatkan zuriat penyambung warisan sehingga ada yang menganggap akulah punca dari kepincangan aku mendapatkan zuriat pada waktu itu.

     Aku redha setiap hari dengan ujian demi ujian yang datang, aku pasrah. Bahagia ku hanya terletak pada senyuman orang-orang disekelilingku. Aku? Mungkin aku tidak perlukan bahagia kerana bahagia yang benar-benar bahagia dalam difinasi yang sepatutnya tidak pernah aku nikmati dalam hidup. Tidak mengapalah, mungkin Allah tetap mahu menguji sejauh mana tahap kesabaran, keredhaan dan penerimaan ku terhadap semua ini.

     Apa yang diharapkan oleh setiap ibu yang mengandung? Dibelai dimanja, dikasihi dan dihormati, dibantu atas segala tugas yang terpaksa dipikulnya. Aku bersyukur mempunyai seorang suami yang sangat rajin mencari nafkah keluarga. Terkadang aku kasihan kepadanya, tidak cukup rehat apabila siang malam bekerja seharian demi sebuah keluarga.

    Apa lagi yang harus aku kesalkan? Mempunyai seorang suami seperti dia? Suamiku sangat hardworking tapi terkadang dia lupa, bagaimana caranya berbual mesra dengan insan yang bernama isteri. Terkadang dia terlupa bagaimana berlemah lembut menjawab dan mendidik isteri. Terkadang dia lupa bagaimana menghargai dan menyanjung isteri atas segala pengorbanan yang telah isteri lakukan untuknya. Terkadang dia lupa bahawa dia punya keluarga yang menyayangi dia sepenuh hati.

     Ya, aku tidak pernah menyalahkan dia 100% dalam segala yang berlaku, mungkin dia juga kepenatan melengkapkan keperluan hidup sampai tidak perasan perkara ini. Atau mungkin dia merasakan perkara ini adalah perkara kecil baginya kerana keutamaanya adalah mencari nafkah untuk keluarga.

     Terkadang terdetik di hati kecil ini, sabar lah wahai hati. Kau seorang wanita yang kuat menempuh onak yang berduri. Tidak mendapat apa-apa di dunia mungkin Allah akan memberikannya di akhirat kelak. Mungkin. Kita tidak pernah mampu menduga Allah yang satu. Hanya Dia yang maha mengetahui segala perancangan di dunia dan di akhirat.

     Cuma aku harapkan sedikit ruang untuk aku merasa bahagia seperti pasangan lain, sedikit ruang untuk aku bernafas kerana bukan mudah menjadi wanita bekerjaya dan dalam masa yang sama suri rumah yang mempunyai anak kecil berusia 9 bulan dan kini mengandung 21minggu. Cabaran yang datang bukan calang-calang bagiku. Hanya aku mampu tabah menghadapi segalanya kerana bagiku walau apa pun yang datang, pastinya dari Allah kerana Dia ingin menguji hambanya yang hina ini.

No comments:

Post a Comment