Hai semua..
Aku dh 39w 2d hari ni tapi baby dalam perut ni macam x nak kuar je.. adoyai.. last check up kat hukm ri tu doc tu dh siap buat cek bukaan n hampa bila bukaan baru 0.5cm..
Doc siap bg date selepas due date n cakap kat aku saya harap saya tak jumpa awak pd tarikh tu sebab kalau boleh sebelum tarikh tu awak dh bersalin.. ngeeee aku hanya mampu tersengih je..
Mcm2 tips dan blog dan video dan byk lagi petua aku dh cuba tapi hampa.. semua x menjadik pun.. sadis..
Kalau boleh aku nak lahirkan baby ni secara normal tanpa induce dan tanpa c-zer... Ya Allah tolonglah hambamu yang lemah ni..
Lagi satu.. dh 3 tahun menanti dan dikurniakan seorg cahaya mata buat aku x sabar nak tunggu dia kuar.. aku yg tak sabar? Aku rasa nenek2 dia daddy dier makcik2 dia smua pun tak sabar.. ekekeke..
So bg aku inilah penantian yg paling menyiksakan dlm hidup aku so far.. sangat2 siksa menunggu dan terus menunggu.. skrg ni aku kerap merasa sakit pada ari2.. sakit pada tulang kangkang.. sakit pinggang mmg dr awal peknen.. mcm2 la.. sob sob
Mlm2 g toilet kencing lah cirit lah.. penat2.. tapi itulah kan.. kang aku ckp korg pun ckp sama je smua org mcm tu.. hahahahaa... (gelak p sadis)
Apa pun aku tak pasti sampai biler penantian ni.. maybe aku kne nyanyi lagu bienda penantian tu gamaknya baru leh kuar.. hikhik..
Oklah sebelum aku tambah2 mengarut aku kat sini nak susun 10 jari tangan ngan 10 jari kaki mohon ampun dan maaf sekiranya ada yg terkasar bahasa ke ada dosa salah silap dan sebagainya ke atas sesiapa yg kenal atau tak kenal aku selama ni..
Maklumlah kalau aku g bersalin mcm aku g perang.. ntah apa yg Allah dah tulis untuk aku selepas tu.. so korang maafkan lah aku ek..
Love,
Lisa
No comments:
Post a Comment